LeenAzi Sambal Kicap: Apa yang best di Bukit Hijau?

Sunday, March 22, 2015

Apa yang best di Bukit Hijau?

Lokasi picnic kegemaran aku sekeluarga ialah di Bukit Hijau...

Sebabnya aku suka tengok air terjunnya yang cantik dan nyaman..arus pun tak begitu deras, so sesuai sangat untuk Raihan bermandi manda..


Kalau orang-orang tempatan Kulim dah biasalah dengan tempat ni..Tapi untuk orang yang merantau macam aku ni, mencari-cari tempat apa yang best untuk bersantai dan menghabiskan masa di hujung minggu...

Kalau ke sini, aku mesti nak joint Raihan main air..dia pun dah siap dengan pelampong tangan dan bola dari rumah..usung kehulur kehilir beg picnic dia..Dari pagi sibuk ajak jalan-jalan..
Dapat celup badan dalam waterfalls ni hilang rasa lenguh badan..aura muda pun tetiba datang kembali....hahahaha...stress kerja pun boleh dikurangkan....


Aku dan suami kalau ke sana suka bakar-bakar atau erti kata lain, kami suka berBBQ...bau asap tu wangi jer..kalau omputih kata smoke flavor.. entah betul entah tidak.(maaflah yang terkena bau asap aku tu, nak offer pun ayam cukup-cukup jer dikkk...huhuhu).Apa pun rumah kami sentiasa ada arang untuk BBQ ni...kalau tak ker Bukit Hijau pun kami On jer kat belakang rumah, chit chat suami isteri sambil santai-santai...topik utama, Raihan lah...apa lagi...Tu sebab badan makin naik..hehehehe


Orang Kedah ni bertuah, banyak tempat nak bersantai, Ni nak bagi sikit info...
List waterfalls yang ada di Kedah ni...
(Picnic, Swimming, Camping, Trekking)

1. Hutan Lipur Sungai Badak, near Gurun
2. Batu Hampar Yan, Gunung Jerai
3. Bukit Hijau, Near Malau
4. Durian Perangin, Pulau Langkawi, Gunung Raya
5. Junjong waterfall, 15 km South of Kulim
6. Lata Bayu, Baling
7. Lata Hujan Lebat, 40 km north of Baling
8. Lata Mengkuang,12 km from Sik, near the Thai border
9. Perangin Sik,Near Sik
10. Puteri Mandi, Gunung Jerai
11. Serdang Falls, Near Serdang
12. Telaga Tujoh, Pulau Langkawi
13. Temurun Waterfall, Pulau Langkawi, road to Damay Bay Resort
14. Ulu Paip, East of Kulim
15. Batu Hampar,near Gurun
16. Perigi Falls,Yan Kechil

Ok.sambung semula tentang Bukit Hijau ni...caj masuk RM2.00, parking memang senang, banyak tempat parking disediakan..parking untuk bas pun ada, punyalah besar dan banyak..Kedai makan pun ada..Toilet, honestly aku rasa kena perbaikilah dek pihak management, tak kisahlah nak caj berapa tapi kalau bersih dan berlampu..aku rasa orang sanggup jer bayar..itu yang agak menghampakanlah..Sayang, waterfalls cantik, besar, adventure, kalau dijaga rapi aku rasa ramai yang datang..

Oklah, aku nak belanja sikit gambar Raihan kat sini..Happy bukan main bujang aku ni..dah semakin membesar dan lasak...anak happy makbapak pun happy....



Raihan ni kalau ke sini memang suka bebenor, budak mana tak suka main air kannnnnnnnnnn
Kalau agak-agak nak resepi ayang BBQ aku tu...mehlah baca next entry...aku share resepi ayam BBQ tu yer.....daaaaaaaaaaaaaaa


Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story