LeenAzi Sambal Kicap: Berkebun dengan anak

Wednesday, April 15, 2015

Berkebun dengan anak

Rutin harian aku..balik dari kerja terus masuk kebun@ taman mini...hehehehe (bunyi macam besar jer "kebun" aku tu kannnn)..

Kebun sekangkang kera...depan rumah jerrrr..tanah rezab ..dari terbiar baik aku buat taman mini..bolehlah buat penyejuk mata....kalau sempat..selepas balik kerja luangkan sedikit masa jirus pokok dan pantau pokok-pokok yang aku tanam..walaupun pokok aku tu bukanlah yang jenis manja..semua pokok yang aku tanam pokok yang jenis "dare to die"...


Pada aku pokok-pokok tu memberikan aku udara yang nyaman, aku x dapat bayangkan macamana rumah aku kalau x ada pokok hidup...;(








Cuaca pulak elok harini...Alhamdulillah...Raihan dah sibuk nak main basikal dia..aku pun bagilah dia main..kesiannnn,  dah terketa-ketar sangat nak main basikal..dia pun mainlah pusing-pusing dalam rumah tu..bukan main lama pun..kejap jer..budak-budak kan cepat boring....sekurang-kurangnya adalah riadah petang untuk Raihan..aku sebenarnya tak suka manjakan Raihan dengan gadget, aku lagi suka dia berpeluh..di usia Raihan 3 tahun ni alhamdulillah dia belum lagi tahu guna hp main game, kalau tengok youtube pun request nak tengok kat laptop..aku memang tak ajar dia tengok kat hp..pada aku belum masanya lagi..

Kadang-kadang, masa ku tengah bercucuk tanam tu..Raihan pun apalagi..tinggalkan basikal.. sibuk nak "tolong mama" katanya..kalau aku dah siap bertanam dia lagilah sibuk..nak tolong aku siram pokok..Sekarang ni Raihan dah pandai buka paip air sendiri..pantang aku toleh tempat lain..baju pun basah..Pandai ambil kesempatan bujang aku ni..bukan nak tolong aku siram pokok..yang sebenarnya dia nak main airrr!!! Sebagai mak, aku dah tahu sangat dah intention dia tuuuuu.."tolong mama jap Raihan..tolong buka paip air" Dengar jer perkataan paip air tu laju jer dia buka..lepastu suruh aku pancut air tu kat badan dia..pastu suruh aku buat air hujan,,sudahnya pokok aku terlebih air..

Taman Mini ni aku dah kurangkan pokok, konon-konon nak buat design ala Bali..macam x jadi jerrrkkk
Kalau time aku menyemai pulak..aku bagi dia tanam pokok sendiri, cucuk sendiri benih kat tanah..gembur-gemburkan tanah, buang daun kuning, Alhamdulillah boleh harap dah...

Elok habis jer aku men"deco" taman aku tu..langit pun gelap beserta angin kencang..masuk rumahlah...esok pulak sambung bertanam..


Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story