LeenAzi Sambal Kicap: Grape Crumble sempoi!!

Tuesday, April 07, 2015

Grape Crumble sempoi!!

Keluarga kecil aku ni suka makan buah, kalau ke Tesco ada saja buah yang dibeli..Raihan pulak suka ambik dan pilih sendiri buah yang dia nak makan..terutama buah limau..tak kisahlah limau apa..janji warna oren...Kalau buah oren gerenti habis..tak risau..tapi kalau buah apple..makan hari nak habiskannnn

Jadi, untuk mengelakkan pembaziran, aku pun merajinkan diri buat macam-macam..janji boleh makan dan yang penting x buang ke tong sampah!!!

Antaranya yang selalu aku olah resepi ialah apple, anggur, pisang..sebab ini semua buah kegemaran Raihan..Apple sebiji dia balun sorang..pisang berangan sekali hadap 2 biji..anggur semangkuk boleh habis...si hero aku ni pemakan..selera besar..Alhamdulillah..Walaupun selera besar, tak lah dia mampu habiskan semuanya....ikut saiz perut jugaklah...

Last week punya stock banyak sangat anggur dalam fridge tu, yang beli lain, yang orang baginyer lain....maka aku buatlah #Grape Crumble untuk si jejaka hati...kalau ada lebih aku pack bawa pergi school dia..


Teacher cakap " Raihan selalu berpicnic di school"
Bujang aku ni dari kecik dah suka berpicnic..macam akulah..
sampai ke school pun nak berpicnic...

Bahan-bahannya senang bangattttt....guna stock sedia ada dalam rumah ya..tak payah pening-pening pergi beli kat kedai


Bahan-bahan untuk "Crumble"
300g tepung gandum, diayak
Secubit garam
175g gula perang, kalau tak ada sangat, gula halus pun boleh
200g Butter pada suhu bilik, potong bentuk kiub

Bahan untuk "Filling"
450g Anggur dibuang biji
50g  gula perang
1 sudu besar tepung gandum
1 secubit serbuk kayu manis

Kaedah penyediaan "Crumble"
  1. Panaskan ketuhar kepada 180C
  2. Letakkan tepung dan gula di dalam mangkuk besar dan gaul rata
  3. Gaulkan kiub butter bersama tepung sehingga adunan menyerupai serbuk roti. Ketepikan.
  4. Letakkan buah di dalam mangkuk besar dan taburkan gula, tepung dan kayu manis. Kacau dan pastikan anggur tidak hancur.
  5. Sapu loyang dengan butter, bagi mengelakkan melekat bila sudah masak.Taburkan adunan crumble di bahagian bawah , tekan-tekankan dengan jari supaya adunan padat .
  6. Kemudian masukkan adunan buah-buahan di lapisan kedua, akhir sekali taburkan lebihan adunan crumble di bahagian atas.Bakar dalam ketuhar selama 40-45 minit sehingga crumble itu berwarna perang keemasan.

  7. Hidangkan dengan krim tebal, kastard atau nak senang ice cream.....
Grape crumble ni kalau bawa pergi picnic memang heaven lah..senang dan mengeyangkan.. Untuk birthday party or santai petang...

cubalah!!

Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story