LeenAzi: Hot Spring @ Sungai Klah; Raihan mandi-manda

Saturday, April 18, 2015

Hot Spring @ Sungai Klah; Raihan mandi-manda

Throwback trip bermandi-manda di Hot Spring Sungai Kelah.


Percutian keluarga kami ini sejurus kami balik dari Jepun, berjalan saja bujang aku ni..tahun 2014 sakan bawa Raihan berjalan.



Hot spring ni terletak di Sungkai, Perak.

Taman tema air yang cantikkkk..kolam air panas yang banyak dan besar...boleh pilih nak yang panas tahap mana..untuk Raihan yang budak-budak punyalahhhh...



Taman rekreasi air panas ni dikelilingi hutan yang subur, dikelilingi bukit bukau, kelapa sawit, dusun burian dan anak sungai yang jernih. Berkeluasan  6.5 hektar..besarrr tuuu..letih jugak berjalan...


Konsep seni bina yang direka oleh manusia, air panas dialirkan ke kolam renang.. Kreatif betul engineer yang buat hot spring ni,.. Antara yang best kat sini ialah kita boleh merebus telur...tak payah bawa telur dari rumah, kat sana ada jual dah..bawa duit jer..
Selain tu ada juga tempat untuk terapi dan berjogging yang disediakan disekitar kawasan, kalau rasa penat berjalan, bolehlah naik tram..

Persekitaran yang selesa, bersih dan cantik..masih dijaga rapi..Toilet bersih dan terjaga..

Harga tiket untuk dewasa RM12, untuk kanak-kanak : RM10, untuk warga emas :  RM7 dan untuk OKU : RM2, rasanya berbaloi sangat dengan harga...

Yang paling seronok kat sini Raihan lah....main airrrrr


No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story