LeenAzi: Sambal Lempoyang, pernah makan tak??

Wednesday, April 22, 2015

Sambal Lempoyang, pernah makan tak??

Lempoyang


Sambal Lempoyang ni diperkenalkan oleh mak aku kepada aku masa zaman aku remaja lagi..rasa dia pahit-pahit tapi berlemak...sedappppp

Dulu masa zaman remaja, selalulah kena tumbuk lempoyang dengan lesung batu..makan dengan ikan bakar..lauk orang berpantang ni sedap jugak tau..rasa rindu pulak nak makan lauk orang berpantang..;p

3 ulas Lempoyang 
1 sudu kecil lada hitam, 
1 sudu kecil garam 
1 sudu kecil gula pasir
Segenggam ikan bilis yang disangai tanpa minyak...

semua bahan ni selalunya aku tumbuk sekali, bau harum semerbakkk..boleh tengok gambar yang aku ambik kat bawah ni..
bahan-bahannya

Makan dengan nasi panas-panas+ sayur masak air+ ikan bakar + sambal lempoyang ni...aduhaiiiii..lauk light-light ni kekadang sedap...tekak ni kekadang nak makan yang simple-simple jer.....(ooppsss kalau untuk orang yang berpantang, tak bolehlah tambah nasi, jaga badannn).

Lempoyang ni biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ia dari jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah. Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.
Inilah hasil cabutan aku tadi..cukuplah untuk makan sorang.
Antara kegunaan lempoyang ialah untuk mengubati:
  • kurang selera makan
  • sesak nafas
  • bau badan
  • gaut
sesiapa yang ada gaut tu, bolehlah cuba makan lempoyang ni...tapi selalunya lempoyang ni lauk untuk ibu yang sedang berpantang..yang "pantang nampak" pun boleh jugak makannn...
pokok lempoyang yang aku tanam..dah berlubang kena cabut tadi..hehehehe

No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story