LeenAzi: Sambal Ubi kayu

Wednesday, May 27, 2015

Sambal Ubi kayu

Hari ahad lastweek punya program santai-santai jer berehat di rumah bersama mentua..sempatlah nak menaip blog..itupun halfway..harini baru sempat nak post..hehehe..entry kali ni pasal ubi kayu lagi...jenuh nak menghabiskan ubi kayu tu..macam-macam resepi nak dicuba...yang dicabut tiga pokok jer pun...pagi tu aku pun buatlah resepi pemberian kawan dalam fb..rasa macam zaman jepun plak makan ubi kayu..walaupun x sempat melalui zaman itu..tapi dari cerita di tv tu dapatlah aku bayangkan waktu zaman jepun..(hihihih...melalut dah ni...)

Resepi ni dapat dari kawan fb aku yang sangat baik hati..ubi kayu cicah sambal hijau..tapi edisi aku ni sambal merah tau.,.sebab lada warna hijau tu tak ada stok dalam rumah...:P

Bangun pagi jer..buat nasi goreng kampung dan start rebus ubi kayu,  pastu aku pun goreng sikit ikan masin buat tambah lauk sambil-sambil tu sediakan bahan buat sambal untuk dicicah makan bersama ubi rebus..

Bahan-bahannya;
Sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 biji cili padi
4 biji  lada hijau@merah
Segenggam ikan bilis dibasuh
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula

Cara-caranya;
Campur semua dalam blender/tumbuk kalau rajin... dan kisar kasar-kasar sikit tau...panaskan minyak dan tumis garing-garing sampai naik minyak. Kalau nak sedap lagi boleh tambah bawang yang dihiris. Masak sampai bawang tu layu..Siapppp..

Selamat mencuba yaaaa...

No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story