LeenAzi: Resepi Macaron

Wednesday, October 21, 2015

Resepi Macaron

Sebenarnya aku tak lah pakar sangat dalam buat macaron ni...ni baru first time buat...itupun sebab anak bujang aku ni asyik mintak jer buat kek..pantang aku pegang tepung "buat kek ker mama"..padahal buat jemput-jempuut jer punnnnn....dialah orang yang paling seronok kalau aku buat kek..seronok main tepunggggggg
Ini adalah kali pertama aku buat macaron, nampak macam tak berapa nak menjadi...tak per nnt aku usaha lagi...chayoikkkk

Tapikan, kekadang tu menolong jugak, tolong buka cupcake, susun satu persatu..tolong masukkan tepung...kalau aku sibuk dia lagiiiiii sibukkkkkk ;D

Resepi ni aku dapat dari blog omputih mana tak tau lah..tapi aku olah ikut cara aku..yang penting senang..

Bahan-Bahan

Putih telur besar 4biji 140g  - suhu bilik
gula kastor  1/3 cawan @ 70ggula aising tulen 1 1/2 cawan @ 230gSerbuk badam 1 cawan @ 120gGaram 2g @ secubit kecilpewarna makanan

Cara-cara:

1. Panaskan ketuhar pada 150C
2. Dengan mengunakan pengadun elektrik, pukul putih telur dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dengan perlahan-lahan. Pukul sehingga adunan kembang (cuba terbalikkan adunan, kalau x jatuh tu maknanya ia cukup kenyal. Masukan pewarna yang anda gemari.
3.  Gunakan bekas yang beasingan, ayak serbuk badam, gula aising dan garam dengan menggunakan penapis bertujuan membuang ketulan-ketulan badam yang terlalu besar.
4 . Dengan menggunakan spatula plastik/getah..masukkan adunan serbuk badam yang telah ditapis tadi kedalam adunan putih telur. Kaup adunan diantara 30-50 kali sahaja. Gaul dengan lembut. Pastikan adunan licin dan likat.
5. Masukkan adunan dalam piping beg, gunting hujung piping beg dengan gunting, dan  dan alasan dulang pembakar dengan tracing paper bertujuan supaya macaron tidak melekat pada dulang.
6. Biarkan sekurang-kurangnya 1 jam pada suhu bilik sebelum anda memasukkannya terus kedalam ketuhar. Sabarrrrr.....
7. Bila permukaan sudah stabil..barulah masukkan dalam  ketuhar, bakar dalam suhu 180C selama 30minit. Keluarkan dalam ketuhar dan biarkan sejuk..barulah cabut dari tracing paper tu....

Jom kita buat sama-sama... practice makes perfect.



No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story