LeenAzi Sambal Kicap: Ke Langkawi

Wednesday, March 23, 2016

Ke Langkawi

Salam semua.... entry kali ni nak kongsi sedikit tentang bagaimana trip ke langkawi dengan kereta. Terdapat dua jenis syarikat feri untuk membawa kereta ke langkawi iaitu,

www.langkawiauto.com
&
www.langkawiroro.com

Terpulang untuk pilih yg mana. Tetapi keduanya berlepas dari 'Kuala Perlis' bukan Kuala Kedah ya.

Terdapat 2 cara menempah iaitu secara online atau di kaunter. Sebaiknya secara online lebih mudah.

Antara dokumen yg diperlukan ialah, ic pemandu & geran kenderaan. Jangan lupa ic penumpang.

Jika ingin memudahkan proses semakan kenderaan di jeti nanti isikan secara terperinci didalam borang 'online' semasa tempahan. Ini kerana anda hanya perlu membawa borang invoice semasa pemeriksaan di jeti.

Selamat melancong!'

Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story