LeenAzi Sambal Kicap: Anak-anaklah harta dunia dan akhiratku...

Wednesday, August 09, 2017

Anak-anaklah harta dunia dan akhiratku...

Tak lama lagi Raihan dah 5 tahun, cepat sungguh masa berlalu, Raihan membesar dengan sihat dan kuat, anak yang rajin menolong mama dan sangat petah bercakap. Raihan juga anak yang manja, hari-hari mintak dipeluk dan dicium...tips keluarga bahagia

Bila dia dah beradik ni makin nampak sifat abang-abang dia tu, rajin popok adik tidor, rajin tolong mama jaga adik dan juga rajin main dengan adik dia..yang penting rajin kemas barang mainan dia lepas main, bukan apa,takut mama buang...pernah sekali memang aku buang sungguh-sungguh card choki-choki dia tu, bila nak berlawan nak cari card dah tak ada, dan dengan selamba aku cakap aku dah buang!!!rasakan...kejamkan aku..tapi lepas tu memang takutlah dia, mama buat sungguh-sungguh....

Dia tak sabar sungguh tunggu adik dia membesar,banyak kali tanya aku bila adik nak besar... nak ajak main bola...adik pun boleh tahan mengekek ketawa kalau nampak along tendang bola....tak padan yang kecik Rizqin tu...

keluarga bahagiaDulu masa Raihan kecil pool nya pun kecik, bila dah ada adik ni mama kena beli pool yang besar sikitlah lah nak sumbat 2 orang...
Budak-budakkan suka air, bila beli pool tu tak menyempat nak mandi, kalau boleh malam tu jugak nak mandi...
keluarga bahagia
sebelum mandi pool tu aku suruh dia basuh semua toys yang ada tu...bersungguh dia menyental toys dia tu...semangat sungguh dia...seronok tengok dia dah boleh buat kerja rumah...hahahaha, siap lah kooooo...banyak lagi yang menanti...hahahahha...mama gelak jahattttt
masa aku kecik dulu memang kena kerahan tenaga oleh mak, mana ada chance nak duduk goyang kaki tengok tv kalau dia memasak,disebabkan kerahan tenaga itulah aku jadi aku sekarang ni...thanks to mak...muuuahhhhh
keluarga bahagia
Ok berbalik pada cerita pool ni....sebenarnya kami plan nak picnic tapi langit nampak gelap nak hujan lebat...mengikut ramalan akulah...jadi aku pun membatalkan niat tu dan berpicniclah kami di depan pintu rumah...hahahhaa....tunggu punya tunggu rupanya tak jadi hujan, ku sangka mendung nak hujan rupanya panas sampai ke petang...haaaaa gituuuuuuuuuuuuuuu

Maka dengan itu kami rancang untuk bercuti minggu depan sambut birthday girl dan Raihan in advance, dekat-dekat jer janji depan laut....

Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story