SPONSORED BY NUFFNANG

Sunday, August 27, 2017

Birthday Nabil Raihan yang ke-5 tahun

Inilah Birthday kek Raihan untuk yang ke-5 tahun..besar dah anak mama..masa buat kek ni..dialah peneman setia aku kat dapur, tunggu kek dia siap, dari baking sampailah ke mendeco..teman setia tak berganjak walaupun dah mengantuk...tapi tahun ni dia request nak sebiji jer sebab nak makan makanan lain banyak kat school..katanya...selamat aku...tahun yang sudah-sudah bertingkat-tingkat request kek..mama dia tahun ni seronok sangat dengar kata nak setingkat jer...kek ni aku buat dua kilo punya adunan..

KEK SPIDERMAN
tema macam biasa spiderman..sarang spiderman dan nama NABIL RAIHAN tu dibuat dari coklat so berketar-ketar tangan mama mendeco dengan Raihan..kaluttttt betullll..sibuk dia komen nak deco ikut citarasa dia..yang bestnya, boleh ker dia complaint aku deco tak cantik..nak yang macam nilah..nak macam tulah..letak sinilah, letak situlah...dah tengah malam nak mendeco memang huru-haralah mama...aduhai anak...tapi yang seronoknya dia semakin berseni dan creatif..idea dia masuk akal...

BIRTHDAY CAKE SPIDERMAN
kebesokan paginya..pukul 6 pagi dah bangun, kebiasaannya jenuh kejut bangun pagi..tapi kali ni sekali kejut dah bangun terus mandiiiii,,,semangat betullll...sebelum pergi school aku suruh posing dulu dengan kek..pagi-pagi dah bagi pose yang happy...happy sungguh anak mama ni dapat kek birthday...akupun bagi panas line nyanyikan lagu birthday untuk dia...apalagi kembang kuncuplah hidung memberrrrr

Mama dan papa sentiasa mendoakan Raihan menjadi wangian syurga mama dan papa..berjaya dunia akhirat , berguna pada agama,bangsa dan negara, dijauhi dari segala anasir jahat dan hasutan syaitan..Aminnnnn

BIRTHDAY KEK SPIDERMAN

BIRTHDAY CAKE SPIDERMAN

Post a Comment

New story

Birthday Nabil Raihan yang ke-5 tahun

Inilah Birthday kek Raihan untuk yang ke-5 tahun..besar dah anak mama..masa buat kek ni..dialah peneman setia aku kat dapur, tunggu kek dia...