SPONSORED BY NUFFNANG

Thursday, August 24, 2017

KHASIAT KUNYIT DAN PETUA MUDAH PENJAGAAN DALAMAN WANITA

Khasiat kunyit dan Petua mudah penjagaan dalaman wanita 

petua Leen Azi

entry kali ni nak share petua mudah untuk menjagaan dalaman wanita, amalkan minum air ni InsyaAllah sedap badan, ringan dan mudah berpeluh dan yang penting original tak ada bahan-bahan campuran lain...Leen pun sudah mula mengamalkan minum air kunyit ni selepas melahirkan Raihan lagi..bila ada masa leen buat, lebih-lebih lagi bila rasa badan dan mula sakit-sakit lah, letih lah...kekadang tu penat sangatkan...2 minggu sekali paling tidak..

So kat rumah memang berpasu-pasu leen tanam pokok kunyit, senang masak lemak dan buat masak rendang..bila nampak pokok kunyit tu dah nak tua..leen cabutlah ambil kunyitnya dan buat air..

kunyit ni mampu melawan kanser dan bertindak meneutralkan radikal bebas selain mampu menjadi antioksidan bagi memusnahkan radikal bebas sebagai faktor penyebab utama kepada kewujudan sel-sel kanser, baguskan kalau kita amalkan makan.minum kunyit ni..makanan zaman sekarang kita tak pasti apa campuran mereka..

dan yang paling utama untuk pengjagaan RAHIM wanita..lebih-lebih lagi yang baru bersalin..
kunyit ni boleh mengecutkan peranakkan...antara lain, paling mudah makan kunyit ni dibuat masak singgang...aduhhh sedapnyaaaaa, selain dibuat minuman..

bahan-bahannya...

2 inci kunyit hidup-racikkan
2 inci halia-racikkan
1 batang serai-racikkan
1 batang kulit kayu manis
2 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 helai daun pandan-simpulkan
2 sudu gula merah/melaka(optional)

cara-caranya;
campurkan semua bahan tadi, letak dalam periuk berisi air kemudian rebus...minum suam-suam...senangkan , kalau tak habis simpan dalam fridge, esok panaskan sebelum minum.

antara minuman herbal lain yang leen amalkan ialah daun Afrika , jom baca entry yang ini pulak..Daun afrika amalan traditional untuk elak darah tinggi
Post a Comment

New story

Birthday Nabil Raihan yang ke-5 tahun

Inilah Birthday kek Raihan untuk yang ke-5 tahun..besar dah anak mama..masa buat kek ni..dialah peneman setia aku kat dapur, tunggu kek dia...