LeenAzi Sambal Kicap: Merungkai masalah rumahtangga Aliff Aziz dan Bella

Tuesday, August 08, 2017

Merungkai masalah rumahtangga Aliff Aziz dan Bella

Apa kaitannya mereka dengan aku???? sebenarnya tiada kiatan lansung!!!hahaha..aku cuba merungkai dan mengaitkan masalah ini dengan sekeliling kita...realiti hidup..terutamanya yang masih baru mendirikan rumahtangga..masih dalam tempoh mengenali...
Isu rumahtangga pasangan muda


sebenarnya aku ni tak lah mengikuti sangat kisah-kisah artis ni baik di dalam mahupun luar negara, tapi sikit sebanyak kena tahu jugaklah supaya nanti taklah ketinggalan sangat, yang tengah hangat sekarang ni pasal Aliff  Aziz dan isterinya Bella Astillah tu......kalau nak kejar bab artis memang tak lah..tapi kalau dah lalu kat fb tu benda yang sama jer dishare...terbaca jugaklahkannnnn..kita pun bukan alim mana..cuma minat bukan kepada dunia seni lagi..."buat masa nilahhhh.".tak nak lah cakap besar..esok-esok tengok kita yang lebihhhh..".


apatah lagi nak bergosip tentang rumahtangga orang...artis tu manusia jugak, sama jer macam kita...kalau dok tulis yang bukan-bukan tak ker menambah dosa yang memang bertambun ni..

menjadi penulis ni kita boleh pilih, nak jadi baik atau buruk..kalau buruk niat dan hati, maka buruklah tulis dan isinya..tapi hat nilah yang orang paling gemar sangattttttt nak bacakannnnn..panazzzzzzz

pada aku untuk mencari publisiti murahan supaya orang baca blog kita memang tak berbaloi.....esok-esok merangkak nak mintak maaf kat padang mahsyar...itupun kalau jumpa....huhhuhu ...kalau duduk berjiran dengan si Aliff Aziz dan Bella tu boleh gak mintak maaf lepas mengumpat...ni duduk kulim memang tak lah...

So yang aku membebel ni sebenarnya nak merungkai masalah rumahtangga zaman sekarang ni, yang menulis ni pun baru jugak dalam alam rumahtangga, tapi cuba kita pandang dari sudut positif...baru atau lama dalam alam rumahtangga tak penting..yang penting isinya..ini pada pandangan akulah...kalau rasa tak betul maafkan ya..mohon diperbetulkan..

Dalam alam rumahtangga ni memang banyak cabarannya, tak kiralah artis atau bukan artis..asalkan dia manusia yang waras..suami dan isteri sama-sama memainkan peranan yang penting. kalau nak diceritakan dalam aspek rumahtangga itu sendiri sangat besar, jadi aku kecilkan dan huraikan yang major sahaja ya...kalau nak lebih mendalam kena jumpa ustaz Kazim Elias..

Kalau kita tengok kes Aliff dan Bella tu...pada aku, apa yang Bella buat itu betul demi masa depan anak dia dan kemuliaan hati dia untuk menerima kembali suaminya..hakikatnya hati isteri hanya tuhan yang tahu..

tapi tahukah kita penyebab utama masalah ini berlaku???

Pada aku masalah yang utama adalah keimanan...baik si suami atau pun isteri atau pun orang ketiga tu..iman ni kita tak nampak...kalau sebut bab iman dengan lebih mendalam dan detail bukanlah bidang aku..tapi ini basic dalam hidup kita..lagi-lagi dunia artis memang menggoncang iman...jadi apa sahaja masalah dalam rumahtangga yang kita alami..berbaliklah pada Allah..betulkan mana yang kurang..yang lompang..

yang kedua, perasaan hormat antara pasangan, kalau di lihat, masa tu si Aliff tu memang tak menghormati pasangannya,tu sebab sanggup melalukan perkara yang tengah hangat tuuuu....kalau tak bertepuk sebelah tangan manakan berbunyi...aceeehhhhhh...jangan emosi sangatttt cik kak oiiii...kita berbalik kepada positif side ok....tak kira suami atau isteri kena saling hormat menghormati..walau bini tu berpangkat tinggi atau tak berpangkat sekalipun..hormatilah sesama kita..bak kata orang isteri itu cerminan suami..buruk suami buruklah isteri..cantik suami cantiklah isterinya..

yang ketiga, kepercayaan...dalam kes ni, si suami telah mengkhianati kepercayaan si isteri...zaman sekarang jangan terkejut ada banyak kes si isteri pulak yang mengkhianati si suami.....Janganlah kita mengkhianati kepercayaan pasangan kita, bukan kata pasangan sahaja..sesiapa sahaja yang memberikan kepercayaan kepada kita..Kepercayaan sangat penting untuk keharmonian bersama.

yang keempat perasan sayang dan kesian kepada pasangan, sepatutnya si suami bersikap adil dan memberikan lebih kasih sayang kepada si isteri yang masih dalam pantang tu..emosi dan fizikal ibu berpantang ni amat sensitif, bantulah mereka menjalani proses terapi ini bersama...disini amatlah dipertikaikan dimanakah pemikiran waras si Aliff tu???adakah dia tidak warasss??hehehe..bagi hot sikit...

ok rasanya cukup kot rungkaian masalah Aliff dan Bella ni...kepada orang ketiga, ingatlah Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Pengampun, bertaubatlah sebelum terlambat...percayalah bahawa doa orang-orang terniaya ni dimakbulkan Allah..

Marilah kita doakan kebahagian mereka dan diri kita juga...
Semua dugaan yang datang ini lebih mematangkan dan satu peringatan dari Allah supaya lebih mendekatiNYA, dan kita sebagai manusia yang beriman, bersabarlah, semoga yang manis-manis akan kembali semula...

Mari kita amalkan doa-doa ni..mohonlah dariNYA agar diberikan perlindungan dari segala masalah rumahtangga...
tips rumahtangga bahagia


tips rumahtangga bahagia

Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story