LeenAzi Sambal Kicap: Resepi mudah kastard koktail buah-buahan

Monday, August 07, 2017

Resepi mudah kastard koktail buah-buahan

Sebenarnya resepi ni dibuat masa bulan puasa haritu...sekali lalu kat tekak masa cuaca panas terik memang terrangkatlahhhh...puas hati buat sendiri kan...dapat makan banyak sikit...hehehehe

Kalau buat majlis harijadi dan rumah terbuka memang sesuai sangattttt...berebut-rebut para tetamu...

Resepi mudah kastard koktail buah-buahan 

airtangan leen azi
Resepi mudah kastard koktail buah yang sedappppp...eemmmm yummyy


Bahan untuk Puding

1 cawan tepung kastard 4 cawan air1/2 cawan gula pasir 

Cara membuat puding:

1. Panaskan air dan gula di dalam periuk, kemudian perlahan-lahan letakkan tepung kastard, gunakan api sederhana, kacau sehingga pekat dan berkilat..a
2. Tuang dalam bekas comel2 dan biarkan hingga sejuk sedikit kemudian simpan dalam peti sejuk.


Bahan Untuk Kuah

1 tin susu cair1 tin besar mix fruits 1 1/2 tin air masak3 sudu besar gula pasir1 sudu teh esen vanila

Cara membuat kuah:

1.Letakan semua bahan kuah ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana, bila dah naik wap terus tutup api, sejukkan..


hidang dengan ice cube atau di simpan dalam peti sejuk..makan masa hari panas ni 2 mangkuk pun boleh habis niiii....yummyyy


Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story