LeenAzi: Resepi Puding Roti mudah sesangat

Monday, August 07, 2017

Resepi Puding Roti mudah sesangat

Puding roti ni dibuat masa majlis rumah terbuka school Raihan dan Rizqin...potluck..so masing-masing bawalah makanan untuk dikongsi bersama..banyak sungguh makanan..sedap-sedap semuanya, antara yang aku buat untuk majlis tu ialah puding roti ni

jadinya nak share dan save resepi ni kat sini...harap sudi-sudilah mencuba

Resepi Puding Roti yang sangat mudah

airtangan leen azi yang senang dan simple

Bahan-bahan:
1 tin susu cair
6 sudu besar gula
8 keping roti sandwich
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
5 sudu tepung kastard

Cara-caranya:
1. Campur semua bahan dalam blander, blander sampai halus,.
2. Masak dengan api sederhana sampai kuah pekat dan berkilat, kacau sentiasa tau.
3. Letakkan dalam acuan, sejukkan dalam peti sejuk.

pesanan: boleh disira dengan gula hangus@susu sejat

No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story