SPONSORED BY NUFFNANG

Wednesday, August 09, 2017

Resepi Tauhu Sayur Campur Sos Tiram


Tauhu ni bagus untuk budak budak, haritu masak lauk ni suap kat Rizqin seronok sungguh dia...asyik nganga mulut minta di suap..tapi tauhu jerlah..kuahnya tak bagi pun...tauhukan lembut, seronoklah dia....along Raihan tak suka tauhu..dia makan brokoli jer...selera budak lain-lainkan...orang tua lagi macam-macam...hihihihi

Tauhu Sayur Campur Sos Tiram

airtangan leen azi

Bahan-bahan:
tauhu, ikut suka jenis apa
brokoli
carrot
daun sup
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu sos tiram
air 1/2 cawan
garam secukup rasa

Cara-caranya;
1. Tumis bawang dan bawang putih, masukkan tauhu, goreng garing sikit jer
2. masukkan air,sos tiram dan garam, biarkan mendidih.
3. masukkan sayur. biarkan mereneh sekejap dan tutup api.

Kalau tengok resepi ni mudahkan....kejap jer dah siap...Selamat mencuba!!!!


airtangan leen azi


Post a Comment

New story

Birthday Nabil Raihan yang ke-5 tahun

Inilah Birthday kek Raihan untuk yang ke-5 tahun..besar dah anak mama..masa buat kek ni..dialah peneman setia aku kat dapur, tunggu kek dia...