LeenAzi: Membentuk Jiwa kreatif dan ceria anak-anak

Tuesday, October 24, 2017

Membentuk Jiwa kreatif dan ceria anak-anak

Membentuk Jiwa kreatif dan ceria anak-anak

Hai semua...Harini Leen nak mengomel bab anak-anaklah pulak. selit-selit cerita naaaa..

Kalau nak cerita bab masa..masa adalah sangat berharga dan begitu pantas..melihat anak-anak membesar depan mata rasa macam cepat sangat masa berlalu..Selain kewajipan dalam membesarkan anak-anak, mereka juga perlukan didikan yang sempurna, dari pelbagai segi..terutamanya didikan  agama..

Leen percaya kanak-kanak yang ceria akan melahirkan generasi yang kreatif dan berinovasi..
Di zaman semakin canggih ni kita perlukan ramai intelek muda yang kreatif bukan sekadar makan gaji. Dengan adanya bangsa yang kreatif inilah dapat membantu memajukan negara.. Membina kreativiti anak-anak ni bukan mudah, bukan hanya di sekolah, malah ibu bapa juga memainkan peranan yang sangat penting..kita kena juga buat apa saja aktiviti berfaedah bersama mereka..mencungkil bakat mereka dan bidang yang mereka minati seawal usia...walau sesibuk mana pun kita, kena luangkan sikit masa , kalau boleh biarlah lama sikit biarkan ia menjadi kenangan indah dalam hidup mereka...biarlah berkualiti..itu yang sedang Leen usahakan..

Leen masih ingat sampai ke hari ini, mak lukis pokok dengan Leen, kami main water color..masa tu umur dalam 7 tahun...masa tu rasa pokok yang mak lukis tu cantik sangat, rasa hebat sangat mak masa tu...yerlah kita budak-budak lagikan...semua yang orang tua buat kita rasa hebat...tapi bila dah jadi mak-mak ni, benda-benda macam tulah yang menjadi kenangan..rasa janggal pulak kalau di usia 30an nak main water color dengan mak kan...hahahaha...nasib baik ada juga kenangan manis melukis dan mewarna dengan mak..cuma lukisan itu entah kemana..rasa rugi sangat tak disimpan kenangan tu semua..

Macam tu juga yang Leen akan buat untuk Raihan dan Rizqin..sehabis baik walaupun mama mereka ni super-busy women..hari sabtu dan ahad Leen akan luangkan masa bersama, buat apa saja aktiviti dan paling tidak kami bersiar-siar..kesian kat anak-anak, mereka pun sama macam kita berkerja..keluar rumah pukul 8 pagi balik rumah pukul 6 petang..cumanya mereka tak lalui tekanan hidup macam kita orang-orang besar ni...hidup mereka penuh ketenangan dan kegembiraan sebenarnya....mental dan emosi anak-anak masa kecik ni kena jaga untuk pastikan mereka membesar dengan sempurna dan juga berakhlak mulia..InsyaAllah..

Perkara yang selalu Leen praktikan pada anak-anak adalah memuji dan pelukan..peluk erat-erat disulami ucapan kasih sayang dan semangat...kewajipan sebelum pergi school tu...dalam kereta on the way tu baca doa sama-sama..dan pesan macam-macam...sebagai mama kitalah pembakar semangat mereka..Bukan jauh pun rumah dan school..2 minit jer..tapi cukup dan padat masa yang ada tu ..Al-fatihah sekali,pastu doa murah rezeki dan dilindungi Allah..sampai pintu school, salam dan say I love you...dan yang penting..senyum..hantar senyum..waktu balik pun senyum..biarpun mama penat seharian di office...senyum pada anak-anak tu mesti...hari-hari..itulah rutinku as a working mama..

Melihatkan peningkatan Raihan di usia 5 tahun ni..dalam melukis dan mewarna pun dah cukup memberi kegembiraan pada Leen, kita terima kelebihan dan kekurangan anak-anak dengan hati yang terbuka, pada masa yang sama latih lagi, lagi dan lagi....bila dah siap mama gantung cantik-cantik..Raihan request "frame" lukisan dia tau...huhuhu..demanding!!!

Kalau tengok lukisan raihan, dari manalah dia dapat idea lukis rumah 2 tingkat...bila di tanya..dia kata sebab rumah along dua tingkat..hahahaha....
Zaman dulu-dulu kalau suruh lukis rumah mesti nak lukis rumah kayu, pastu kat belakang ada gunung, ada matahari, ada kolam itik..ada pokok besar tepi rumah..walaupun yang sebenarnya kita pun duduk rumah 2 tingkat jugak..kenapalah tak datang idea tu pada zaman kecik-kecik dulu kan...tapi zaman dah berubah..Oh,come on mama!!! move on!!!

No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story