LeenAzi Sambal Kicap: Trip ke Cameron Highland dan Resepi Aiskrim Malaysia

Tuesday, October 10, 2017

Trip ke Cameron Highland dan Resepi Aiskrim Malaysia

Trip ke Cameron Highland dan Resepi Aiskrim Malaysia

Trip ni adalah yang pertama untuk Nabil Rizqin, kami pergi waktu ni hujan...sejuk yak matttttt....rasanya Raihan dah banyak kali pergi sampai mama pun dah lupa berapa kali Raihan sampai Cameron Highland...yang pastinya dah banyak kali...

Percutian ni kami pergi bersama opah dan atok, masa kami pergi ni tak ramai sangat orang, jadi tak lah jam rabak..senang nak bergerak dan cari kedai makan..aktiviti malam hari kami adalah ber"steambot"..Raihan excited sangat main masak-masak..order macam-macam nak makan,nak mee goreng mamaklah, nak jagung lah....aku pun buatlah...siap jer mee goreng mamak dia pun tido..bertuah punya anak....sejuk kan...nak pijak lantai pun tak sanggup..tenaga pun dah habis keletihan bermain, senanglah dia tido..kalau tak jenuh kena paksa tido..

Keesokan paginya...Oleh kerana masa ni hujan, aktiviti agak terbatas dan banyak bersantai dalam apartment jer...bila cuaca dah ok sikit barulah kami jenjalan sekitar hotel..along dan papanya dah explore dulu dah..main kat taman lah..turun naik tanggalah....mama teman adik jer dalam bilik..dah nak check out baru mama menonjolkan diri..bukan apa..sejuk..adik punya sweater pulak basah..so sweater yang ada tak lah tebal mana..nasib baik ada pelukan kasih seorang ibu...hehehehehe.. tak lah adik kesejukan..bab dada baby ni kena jaga, jangan bagi terdedah sangat..

Di Cameron Highland ni kalau tak beli strawberry tak sah...macam biasalah beli sepeket dua..balik kulim buat aiskrim....aiskrim strawberry Malaysia  kat CH ni boleh tahan harga, rm1.50 sebatang..nak balas dendam punya pasal buat sendiri jer aiskrim Malaysia tuuu...bukan payah sangat pun...rebus strawberry dan tambah gula..pastu blender jer..dah jadi aiskrim malaysia @ aiskrim batang...korang kalau ada lebih strawberry balik dari CH tu jangan tunggu lembik dan masam...buat jer aiskrim..tak membazir...puas makan....
atok bersama along...letih atok layan kerenah cucunya yang sulong ni..
Borong sayur satu kemestian...RM10 dapat ciput jer kalau kat Kulim ni, kalau kat CH berplastik-plastik dapat...cukup seminggu makan..malah lebih...dah namapun tempat tanam sayur-sayuran..kalau mahal jugak tak tahulah nak habaqqqqq...hihihihi..kat CH ni ada jual jagung manis tau..makan macamtu jer dah sedap, tak yah masak pun..harga 4 biji RM20 kalau tak silap aku..lupa dah...tapi jangan tertipu, ada juga jagung tiruan, tawar..tak sedap...sedap lagi jagung kat kulim..hahahaha..

jangan lupa singgah di Mossy Forest...cantikkkkkkkkkkk
nak tahu lebih lanjut bacalah entry leen tentang Mossy Forest ni..sejukkkkkk

sampai disini sahaja review holiday kami di CH...

jangan lupa follow blog leen untuk cerita santai yang lain....
sila tinggalkan jejak untuk leen follow blog anda pulak..tqqqqqq


Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story