LeenAzi: Trip ke Amerika Syarikat;Chaska~ 1st Business Trip

Thursday, March 05, 2015

Trip ke Amerika Syarikat;Chaska~ 1st Business Trip

Pengembaraan kali ini bukanlah sebuah percutian, tetapi ianya sebuah trip yang diatur oleh pihak majikanku, sebuah syarikat dari USA..Pada luaran nampak ianya macam besttttt jer kan...gempak jer kan...hakikatnya bebanan yang ditanggung kat bahu ni hanya Allah saja yang tahu.


Aku ditugaskan terbang ke US untuk membawa masuk sistem yang diaplikasikan di sana untuk dibawa pulang ke Malaysia seterusnya mengaplikasikannya di Malaysia..aku x bolehlah cerita secara terperincikan....nanti tak pasal-pasal kena buang kerja. tapi dapat tak you all bayangkan tekanan yang aku tanggung tu..huhuhuhu..dalam suka ada juga dukanyaaa..

Pada masa aku diarahkan ke US, aku baru jer start kerja 2 minggu..zero OK!!! tapi masa di interview...dah tahu dah kena pergi US..gembira tu tak payahlah diceritakan lagi..siapa yang tak happy kan...tapi happy, happy jugak..kerja,kerja juga. Bukanlah sesuatu yang senang membawa kepercayaan orang dan membuktikan kemampuan kitakan...masa interview pom pang pom pang semua kata boleh...bila nak buktikan tu terketar-ketar jugalah...

Let's start dengan hari pertama sesampai jer aku kat US nih. Boss aku, Tim datang menjemput aku di Airport, lalu dia terus menghantar aku ker hotel untuk berehat..risau betul dia kat aku, takut sangat aku sesat kat airport lalu terlepas flight..hahahaha.., lawak betul boss aku tu..dia ingat aku ni budak-budak lagi ke..sampai jer hotel, aku pun bersiap-siap dan berehat, puas paksa mata take nap, tak mau juga dia..so aku pun keluar hotel , berjogging dan melawat kawasan sekeliling sorang-sorang...tak pulak aku rasa takut masa tu..buat macam kampung aku jer...hahahaha

 tengok jam tu..pukul berapa
sorang-sorang pun jadilah..

Dengan berbekalkan pengalaman kerja dengan syarikat besar di Singapura dan selalu dihantar ke sana sebulan sekali menadah muka kena smashhh...dan juga pengalaman ke Thailand,Philippine,Indonesia sebelum ni, jadi ianya bukan satu bebanan untuk aku fly sorang-sorang ker US. Lebih-lebih berbekalkan pengalaman kerja dalam bidang scheduling..bukan sesuatu yang baru ..Alhamdulillah sudah masuk 5 tahun disini dan masih setia..hikhikhik.
Mula-mula masuk bekerja di Entegris ni ramai yang sangka aku ni kerani..but aku tak kisah..biasalah bidang tooling ni jarang-jarang ada di Malaysia..kalau kerja ofis je mesti kata kerani lagi pulak department aku sorang jer perempuan masa tu..kerani pun kerja yang muliakan....zaman sekarang kerani pun pakai diploma OK...,nasib-nasib ada yang dah degree..rezeki Allah janganlah kita pertikaikan..siapalah kita kan....tapi hakikatnya itu bukanlah pekerjaan aku..jauh menyimpang dari apa yang mereka sangkakan..
So, biar aku brief sikit jobscope, apa yang aku buat sebenarnya..actually it not soooo easy...petik jari macam tu jer..macam kacang ker...no no no no!!!!...kerja as scheduler ni merbahaya..silap haribulan silap schedule aku plan boleh kena warning letter ooooo...aku juga bermain dengan SAP sistem..dok mengadap komputer hari-hari, compare bill of material..silap compare aku yang parah nak menjawabbb dengan boss-boss tu..OK, cukup sampai tu sahaja...

Ok, kita cerita pula tentang perjalanan aku pergi dan balik dululah...
Perjalanan Pergi dari;   Penang ~> Singapore ~> Japan ~>US

Perjalanan Pulang pula;  US ~> Japan ~> Singapore ~> Penang

Syukur Alhamdulillah, perjalanan aku lancar jer..tak ada flight delay..kalau ada, masakkkkk, 

Dalam perjalanan balik dari US ke Japan, aku duduk bersebelahan dengan awek Japan, umur lebih kurang macam aku je..so aku pun beranikan diri menyapa dia..disebabkan perjalanan kami memakan masa lebih kurang 11jam...so kami bercerita macam-macam tentang diri masing-masing..11jam yang penuh bererti..Aki Takashi, gadis jepun yang peramah dan comel orangnya...nice to meet you girl!!, komunikasi kami dalam english...kalau dalam bahasa jepun minta maaflah,boleh jadi macam ayam dengan itiklah kami...hihihihih..
Sebelum mendarat di Airport Narita Japan, kami bertukar-tukar alamat Fb..sehingga kini kami saling hubung-menghubungi..
Perkenalan kami kekal sehingga kini..bergambar dengan Aki Takashi

Oklah..kita sambung balik cerita semasa aku di US...hehehhe
Dah macam kat dalam filem Alice & Wonderland pulak rasanya..

"If you pay a peanut you get a monkey"...boss singapore suka sangat guna ayat tu..so aku rasa berbaloilah dengan salary aku dapat bulan-bulan..kalau kat tempat lain, maaf katalah..mana nak dapat peluang keemasan ni...syukur Alhamdullilah.

Dalam kata training dan sistem implement pun, kat sana sempat juga trainer @ colleagues aku bawa merata tempat..puas jugaklah berjalan-jalan..first trip ni aku pergi bulan August 2010..its summer..orang putih sukelah summer...tapi kita yang dah biasa berpanas terik ni...huhuhuhu berpeluh jugaklahhh....anyway time tu dah nak ker spring..adalah bunga-bunga lagi...tapi banyak dah nak luruh...
Lihatlah kuasa Allah ni..cantikan!!

Nak ke US ni nak kena dapatkan Visa dulu..memandangkan aku masa ni x kawin lagi...so dapat 1 tahun Visa je..syukurlah kan..dari tak dapat lansung...banyak juga kes yang apply visa tak dapat-dapat...last-last kena cancel trip macam tu je...perancangan manusia mana boleh lawan perancangan Allah..always remember that..

Sepanjang berada kat sana...sempatlah pergi jelajah beberapa tempat; kena pulak masa tu baru je bertunang so apalagi peluang keemasan bershopping barang hantaran kawin kat sana.. How amazing that time..sakan gila shopping...yabedabeduuuuuuuuuuuuuuuuuu

Bab penginapan pula sememangnya seronok...Country Inn, Chanhassen Minneapolis..Hotel ni sebelah jer dengan hypermarket CUB, kalau di Malaysia macam Tesco laa..tapi kecil sikit. jalan kaki x sampai 5 minit, selak jer langsir hotel pun boleh nampak..jelas tak kat situ.. betapa dekatnya tempat nak menghabiskan duit....huwaaaahuwaaaa
Depan hotel..ada banyak bangku untuk melepak..

 Selfie sementara menunggu shuttle bus bawa pergi office at Chaska....perjalanan lebih kurang 20 minit...

 nampak tak CUB tu..selak langsir boleh nampak

Inilah makanan kegemaranku...buah-buahan freshh..celup pulak dengan jem nutella..sedapppppp x terkataaaa

Arbertville Premium Outlets ni pulak pusat jualan bagi jenama-jenama terkemuka..macam Coach, Levis, Guess dan macam-macam lagi...boleh jadi hilang  kewarasan jap bila kat sini...speechless ok..standby duit jer....tingtongggggg

Macam-macam outlets ada...cakap jer nak apa..hulur duit jerlah

 Depan pond utama ditaman ini
Menissota Landscape Arboretum adalah sebuah taman bunga yang sangat besar..sampaikan penat jugalah berjalan dalam tu..macam-macam ada, kolam, tasik, tanaman herba, lautan bunga...kalau nak tengok gambar ada banyak kat dalam album fb Leen Azi..check it out!!



Akhirnya, ia berada depan mata..aku ni pencinta bunga-bungaan...skali dapat tengok dan pegang sendiri bunga-bunga ni..terasa terlalu besar kuasa Allah..Alhamdulillah diberi peluang merasa nikmatnya kehidupan dan alam ciptaanNya
 original water fountain katanya

 bunga-bunga kat sini cantik-cantik..rasa macm nak petik jer..bawa balik..


Mall of America; shopping mall terkemuka di sana..Julie my trainer tu bawa anak-anak dia skali berjimba dengan aku..how sporting they are..thanks Julie..

Bersama anak-anak Julie
 Mencabar diri main benda alah ni kat US, nak try juga diaorang punya..tapi rasanya Pesta Penang punya lagi gila kot...hahahaha..yang ini masih boleh lagi buka mata sambil makan angin...cehwwaaahhh..action pulak..;P

Julie & aku bergambar kenangan..she was very nice person, wonderful girl..!!

selepas puas berjimba-jimba kat sana...balik jer Malaysia, kena buat report, presentation, training orang, implement project dan sistem-sistem yang aku belajar kat sana..bertahun aku struggle koooo..penangan berjimbalah sangatkan..

Psssttttt ...Ikuti trip kedua aku di bumi orang putih lepas ni ya....

No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story