LeenAzi Sambal Kicap: Tips Beli Rumah Pertamaku

Wednesday, March 18, 2015

Tips Beli Rumah Pertamaku

Orang nak kawin, orang baru kawin, orang dah kawin yang tak ada rumah lagi nii... aku rasa korang bacalah post ni habis-habis..OK, Tips ni rentetan dari Tips Permohonan Laporan Kredit @ lebih dikenali CCRIS aku sebelum ni ...post ni aku buat khas kepada orang yang belum ada rumah sendiri..atau dengan erti  kata lain...baru rancang nak beli rumah pertama..


Adat manusia..bila dah nampak list CCRIS tu panjang berjela, payment buruk.. barulah besar biji mata tu tengok hutang yang banyak..masa tulah tiba-tiba rasa migrain lah, nak muntahlah..( masa berbelanja tak ingat nak muntah..heheheh)

Hope tips ni dapat membantu korang..dan aku cuba olah seringkas yang mungkin bagi korang faham

Tujuan tips ni ialah untuk
1. Mengelakkan korang dari kecewa permohonan pinjaman kena tolak!!!
2. Sebelum korang berangan-angan nak memiliki rumah banglo 4 tingkat...
3. Sebelum korang penat cari rumah dan juga habis duit minyak ronda kawasan cari rumah nak jual..
4. Sebelum duit dalam bank korang habiskan beli kereta dan berjoli...
5. Sebelum korang kena blacklist sebab tak bayar hutang kredit kad..
6. Sebelum korang tolong owner rumah sewa korang bayar habis duit rumah kat bank..
7. Paling parah..Sebelum korang dah tua, nak buat loan dah tak boleh.....dah terlambatttt (Lazimnya tempoh pinjaman ditetapkan sehingga 30 tahun atau sehingga peminjam mencapai umur 65 tahun, mengikut mana yang dahulu.

Contoh: Tahun 2015 Ali sudah pun berumur 37 tahun + 30 tahun tempoh pinjaman = 67 tahun,(lebih had tempoh)
Kemungkinan besar, Ali tidak lagi boleh membeli rumah secara pinjaman bank melainkan dengan membayar secara tunai atau pun diberi tempoh yang singkat dan akan menyebabkan ansuran bulanan yang tinggi. Sikap bertangguh hanya merugikan.

Antara Faktor tak beli rumah ialah(realiti dalam kehidupan)
1. Tiada matlamat nak membeli rumah...ramai yang sanggup berhabis duit nak beli kereta besar dari berhabis duit beli rumah besar..tanpa sedari sekecil-kecil rumah, sekurang-kurangnya itu  rumah korang yang punya..
2. Pada yang duduk kuarters kerajaan tu terasa selesa, sampai terlupa nak beli rumah,
3. Pada yang duduk rumah mak bapak pun macam tu jugak..bila dah berlaku perselisihan faham baru terpikir nak duduk rumah sendiri..
4. Harga Rumah Mahal..setahu aku harga rumah x akan pernah turun..tunggu punya tunggu dan terus tunggu sehingga harga RUMAH MAKIN MAHAL...
5. Dah set pemikiran Tak Mampu Beli...Pemikiran kita mengawal tindakan kita..kalau dalam fikiran dah set "tak mampu beli" sampai kesudah x mampu beli..
6. Tak jumpa lagi rumah yang sesuai..kekadang terlalu "cerewet sangat" sampai dah tak jumpa rumah yang sesuai.

Come on...not too late...Usaha tangga kejayaan...kalau orang lain boleh beli kenapa korang takkkk...

Mana nak dapat duit beli rumah?
Sumber kewangan dari duit simpanan , KWSP dan juga pinjaman bank.

Sebagai panduan, komitmen bulanan seperti ansuran pinjaman peribadi , kad kredit dan kereta tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan kasar isi rumah.

Inilah sebab bergunanya laporan kredit tuuuu...Kita nilai kemampuan diri kita dulu sebelum bank menilai kita, bila dah nampak hutang keliling pinggang tu..cubalah kurangkan mana yang boleh, payment bagi cantik "0" sepanjang tahun..
(Hanya tuan punya badan je yang tahu macamana nak plan dan manage payment bagi cantik,  tabiat berbelanja tu penting)
Rancanglah perbelanjaan korang, dan elakkan terlalu banyak hutang..
Bila bank tengok payment cantik, tak lah "bank kecut perut" nak bagi kita berhutang....Malah berduyun-duyun bank call suruh buat hutang, offer itu offer ini, dasyat sungguh diaorang ni, kalau free x per jugakk...korang ingat senang bank nak bagi korang pinjam duit berpuluh ribu..kalau nak pinjam dengan aku memang tak dapat even seposen pun... punya kedekut ini orang!!!hahahahahaha

Ok..Straight to the point..

Kebanyakan dari kita, cari dulu rumah baru submit dokumen kat bank kan?? Tapi kali ni tips TERBALIK aku nak ajar, kita submit dulu baru cari rumah...amacam?? 

~ Sediakan semua dokumen "asas" yang bank perlukan. Buat 3 set untuk dihantar ke 3 bank yang berasingan

~ Setiap bank mempunyai kriteria yang berbeza dalam menentukan kemampuan membayar balik pinjaman...nak selamat submit 3 bank dan bandingkan bank mana yang paling bagus dan murah..

(STEP 1) Dokumen asas yang di perlukan untuk memohon..
  1. Sesalinan kad pengenalan atau pasport
  2. Slip gaji untuk 3 bulan yang terkini
  3. Penyata cukai pendapatan (borang J) yang terkini atau borang EA
  4. Penyata bank 6 bulan terdahulu (wajib jika tiada slip gaji/borang J/EA)/buku akaun simpanan/resit simpanan tetap
**Sesetengah bank mungkin memerlukan dokumen sokongan tambahan
**Kalau korang rancang nak beli rumah yang lebih besar, combinelah dengan pasangan, loan buat 2 nama..bolehlah dapat rumah yang diidamkan..jadi, pasangan  pun kena sediakan dokumen sama macam korang juga..

(STEP 2) Duduk Berbincang dengan pihak bank- tunjuk semua dokumen yang korang sediakan tu...lepastu tanya pegawai bank "berapa harga rumah saya mampu beli" berdasarkan gaji dan komitten yang ada..tunjuk sekali Laporan Kredit terkini tu..

- Bila dah tahu berapa harga rumah mampu beli tu barulah start mencari rumah , jadi tak lah korang tersasar jauh mencari rumah dari harga mampu beli...betul takkkk?? Submit loan penat-penat akhirnya LOAN TAK LEPAS..

Sekiranya korang punya laporan/dokumen cantikkk.." korang boleh terus submit dokumen-dokumen yang ada untuk pegawai bank tu buatkan permohonan untuk korang"

Dalam masa yang sama..korang carilah rumah yang nak dibeli..

Kalau loan x lepas....nampaknya korang kenalah baca next post aku..."Tips Macamana nak Mengurus Hutang"

- Kebiasaanya, bank ada berhubung dengan agen-agen rumah dan peguam..kalau malas.. suruh agen rumah yang carikan korang rumah..tapi diingatkan..agen-agen ni up harga lebih mahal berbanding harga yang tuan rumah nak jual..mungkin 10k, mungkin paling sikit 5k...Kalau nak jimat, carilah rumah yang direct pada owner(ini untuk case rumah 2nd hand) ..
- Kalau nak senang boleh juga korang cari kat Mudah.my..

(STEP 3) Deposit/Booking..Selalunya kalau rumah 2nd hand ni, korang terus berbincang dengan owner..kat situ korang bicanglah elok-elok, dan terus-terang berapa duit cash yang korang mampu bayar untuk "book@deposit" rumah yang berkenaan tu. (Sebagai cagaran yang korang betul-betul nak beli rumah tu)

- Untuk kes rumah melalui pemaju (rumah baru), Kebiasaannya korang kena bayar deposit 10% dari harga rumah, dan rumah mungkin belum siap sepenuhnya, kena tunggu 1-2 tahun .

(STEP 4) Sesudah korang mendapat kata sepakat dari owner rumah / pemaju (2nd hand / rumah baru)

- Korang kena dapatkan Dokumen Perjanjian Jual Beli /Resit pembayaran deposit @ tempahan / surat daripada pemaju.
- Sesalinan surat hakmilik tanah(jika ada)
- Laporan Penilaian Harta (untuk rumah 2nd hand)- Laporan Penilaian Harta ialah Sebuah laporan analisa bertulis yang disediakan oleh jurunilai bertauliah yang menyatakan maklumat berhubung dengan nilai sesuatu hartanah.-(yang ni boleh minta pegawai bank uruskan- tapi ada caj dikenakan)

(STEP 5) Melantik seorang peguam untuk menyiapkan dokumentasi pinjaman.
Biasanya, korang boleh memilih peguam dari senarai panel peguam yang disediakan oleh pihak bank. Sebahagian daripada dokumen ini akan dikemukakan kepada jabatan Kerajaan berkenaan untuk pendaftaran dan kepada Pejabat Setem untuk pembatalan setem.

Selepas proses di atas selesai, dokumen-dokumen berdaftar ini hendaklah diserahkan kepada pihak bank dan korang akan diberikan sesalinan Perjanjian Pinjaman. Pada amnya, masa yang diambil untuk menyiapkan proses undang-undang dokumentasi ini adalah tidak melebihi 6 bulan. Pergantung kepada kecekapan peguam korang buat kerja.

(STEP 6) Follow up dengan peguam status terkini , Sign surat perjanjian dengan bank dan akhir sekali "proses penyerahan kunci rumah"

Tak ada duit nak bayar deposit beli rumah???

Letakkan matlamat korang "nak beli rumah"..

Paksalah diri menyimpan setiap bulan untuk dijadikan deposit/ booking...dahulukan mana yang penting..yang tak penting tunggu dulu..dah dapat rumah barulah fikir nak beli kereta besar, nak itu nak ini...kalau sekarang x mulakan..bila lagi?


 ---- suka aku  ingatkan di sini, aku bukan pekerja dari mana-mana bank, this info aku dapat dari pengalaman dan perkongsian ilmu dari orang-orang disekeliling aku...bertanyalah dengan pihak bank untuk lebih pasti..malu bertanya sesat jalan..

Hope this tips dapat membakar semangat korang untuk membeli rumah "rumah adalah aset yang menguntungkan bukan merugikan"


Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story