LeenAzi Sambal Kicap: April 2015

Wednesday, April 29, 2015

Kisah Kawin Leen Azi ~ Part 3 is Bersanding di Perak & Outdoor Photography

Post kali ni mengisahkan majlis menyambut menantu di Tapah Perak, sebelum majlis ni diadakan kami sempat lagi honeymoon di Cameron Highlands..sempat lagi borong fresh flowers untuk gubahan..lepas balik dari Cameron barulah majlis ni diadakan...Majlis yang cukup meriah dan sederhana..saya sayang ibu dan bapa mertua saya kerana menjadikan ia salah satu  memori manis dalam hidup kami berdua..
Tema, pink jugak..tapi pink belacan...fuhh nama tak boleh tahan, belacan pun belacanlah, janji I LIKE..


Biarkan gambar berbicara..meh nak belanja gambar sikit.....esok Raihan dah besar tengok kat sini jer sudahhh,,,;p
Sebelum masuk dalam rumah, kami disajikan dengan pertunjukan silat...hehehehe..terima kasih..
Bersama kedua orang tua kami yang kami kasihi..


tengok tu...tak senonoh pengantin ketawa besarrr
Majlis ini juga diraikan dari kumpulan nasyid yang datang dari jauh..power pakcik-pakcik ni bernasyid..

Bila selesai saja jamuan makan dan bergambar kenangan dengan tetamu yang hadir..kami pun memulakan sesi outdoor di taman berdekatan...








Alhamdulillah syukur pada Allah..walau ombak badai datang melanda..
Kasih antara kami tak akan berubah..
Ikatan suci ini tak akan mudah goyah walau datang ombak Tsunami sekali pun...
Jodoh antara kami sudah ditentukan Allah dari lahirnya kami didunia ni, 
Kuasa manusia hanya setitik air dilautan..usah disangkal kuasa Ilahi.


Terima kasih kepada saudara-mara dan rakan taulan yang hadir meraikan hari bahagia kami hampir 4 tahun yang lalu..tapi aku rasa macam baru jer kawin semalam..hehehehe..naper errkkk???...semoga perkahwinan ini kekal hingga ke syurga..Aminnn




Monday, April 27, 2015

Kisah Kawin Leen Azi ~ Part 2 is Bersanding di Johor & Outdoor Photography

Kalini aku nak share sikit memori manis dalam hidup aku..gambar yang tak pernah jemu aku tengok...antaranya ialah majlis persandingan aku di Johor. Majlis ini dibuat selepas kami diijabkabulkan paginya..Majlis persandingan yang simple dan mengikut tema warna kegemaran aku..PINK!!!..

Bergambar kenangan bersama parents aku dan mentuaku..sayang kamu semua..

posing manja..
Kedatangan kami disambut oleh tarian zapin dan silat..beesssttt..tapi aku ngan husband ni bukan jenis serius..banyak main-main..so gambar kami payah nak jumpa yang serius-serius niii..hehehehe
Selepas majlis bersanding, aku pun tukar baju untuk sesi potong kek pada petangnya..kelang kabut dan letih jangan cakaplah..tapi seronok..tercapai akhirnya impian aku dari kecill...hehehehe







 Lepas jer potong kek..kami outdoor pulak..disebabkan cuaca tak berapa nak mengizinkan..maka kami outdoor di Jetty..nasib baik photographer yang tiga orang tu sporting habissss...  






Maka habislah part sebelah aku..seminggu selepas tu kami buat di Perak pulak..next post ya...
checkitout!!!

Sunday, April 26, 2015

Kenny Rogers~ Outing & Rewards

Tadi petang, sambil-sambil buat kerja..aku tengok Raihan main toys sorang-sorang..kesian pulak tengok dia..boringlah tewwww..kejap-kejap kacau aku buat blog, kejap-kejap minta itu ini...pahamlah tuuu nak ajak jalan-jalanlah teewww...lepas jer aku siapkan kerja aku dan kemaskini budget bulanan,bayar mana yang patut...aku pun cakap pada Raihan.."kalau nak ikut mama jalan-jalan kena kemas toys dulu" sekelip mata dia kutip toys dia dan simpan dalam bakul..basikal dua biji pun siap simpan skali."dah mama..dah siap kemas dah"..semangat okeehhhhh
outing; kami bertiga..jiwa happy...

Aku pun cepat-cepat kemas apa yang patut, Raihan macam paham jer buka baju pastu tunggu aku depan toilet nak mandi..sebelum jalan-jalan nak kena mandi wangi-wangi..lepas siapkan Raihan, aku pulak bersiap..gedebak gedebuk dah pukul 5..masa tengah siap-siap hujan lebat pun turun..elok jer kami nak keluar hujan pun berhenti...
Aku tanya Raihan.."Raihan nak gi mana, Giant ke, Tesco ker, Jusco ker??" Raihan cakap nak pergi ZOO...celah mana zoo anakku..dah petang dah..zoo pun dah nak tutup..next timelah yerkkk..so kami pun terus ke destinasi..Aeon Alma Bukit Mertajam..jarak pun bukan jauh..dalam 20minit rasanya..dekat jer..

Sampai je Aeon tu, kami pun pusing-pusing beli groceries yang nak dibawa ke Genting Highlands cuti labor day, next week..sambil-sambil tu beli pampers Raihan..stok susu ada lagi..so tak payahlah beli..dah puas pusing maka kami pun carilah tempat makan..memang dah set dah sebelum keluar tadi dengan husband...malam ni tak nak masak..kita makan luar yaaa...
Raihan memilih menu sambil menjilat bibir..punyalah sedap gambar tuuu
Pilih punya pilih kami makan di Kenny Rogerslah..secret recepi dah biasa makan..Nando's tak minat pulak..Masuk jer Kenny kami pun carilah meal yang berunsurkan nasi..sebab Raihan dah terbiasa makan nasi malam-malam...anak aku ni makan nasi kosong pun jalannnn...
Believe it or not..dia bantai sorang jer nasi tu..aku dapatlah makan satu sudu..merasa..kesiannnn anak aku,,gaya macam tak pernah makan..mungkin dah hari-hari mama masak so bertukar angin kan seronok juga sekali sekala..kalau setiap hari boleh botak kepala..
Padahal tadi tengahari tadi aku masak ikan siakap bakar..papa siap bakar pakai arang lagi..siap balut dengan daun pisang..masa makan siap jilat jari..lepas tu siap tambah nasi..seronok tengok Raihan makan berselera...
Nampak..gaya orang dah kenyang..gaya bukan main lagi.,,jelingan tajam..cucuk kang mata tuu!!
Lepas makan, kami pun balik, esok mama kerja...;D

Kisah Kawin Leen Azi~ Part 1 is Nikah

Hujung minggu ni mood santai-santai..tengok gambar-gambar lama...rasa rindu pada semua kenangan tu..seriously rasa macam baru kawin bila tengok gambar-gambar lama..menggamit memori jerrrr kerja ku nihhh..hikhikhik


Alhamdulillah,  akhirnya pada 29 October 2011 kami menjalinkan ikatan yang suci murni ini dengan ikatan pernikahan,,..kalau aku tahu dari dulu aku nikah..hihiihi..yang menyebabkan aku delay kawin ni sebabnya atas urusan kerja..kerja dengan projek ni menyebabkan aku kena transfer merata tempat dan memungkin aku kena ditempatkan dimerata negara..so macamana nak kawin???
Kejap Singapore, ulang alik Singapore setiap bulan.. kejap kang Philippine, kejap kang Indonesia..aduhhh...nasib baik abang sayang aku ni setia orangnya dan sanggup menunggu aku yang "gila kerja" ni..

Perkenalan kami masa belajar di Shah Alam, semasa sama-sama belajar di UNISEL.. percintaan yang disulam selama 8 tahun dari 2003 sehingga 2011..makbapak suruh belajar ko bercinteeee yerrkkk.... nasib baik habis degree tu..kalau tak masak kena cincang....;p

Bila jer aku dah penat kerja macam "orang gila" tuuuu barulah terdetik dalam hati nak settle down, kalau diikutkan company lama aku tu nak hantar aku ker Philippine dalam jangka masa yang lama, mungkin 6 ke 8 bulan..Oh noooo...honestly aku tak berapa suka negara tu....kenapa eeerrrkkkkkk...korang pergi dululah... baru tahu, pada aku negara tu tak "sesuai" dengan aku ni...

Bila dah boring oustation nihh..akupun carilah kerja kat Kulim ni...kami pun memutuskan untuk bertunang....elok ja dapat kerja kat company aku bekerja sekarang ni..kena hantar pulak pergi USA, aduiiii ingatkan bolehlah lari dari outstation..nasib baik tak lama..tapi kerja ni memang memungkinkan aku untuk outstation selalu...kalau sekejap-sekejap should be no problem pada aku..tapi kalau lama makan masa berbulan-bulan tuuu aku memang considerlah..So far company aku ni the best company yang aku pernah kerja..sempoiii and benefit pun best...bersyukurlahkan..tempat orang lain kerja lagi teruk..

Maka dengan ini tamatlah zaman bujang aku..yeeeaaayyyyyyy AKU ISTERI ORANG....
Bila jer kawin ni......perwatakan aku banyak yang dah berubah sesuai dengan status isteri....obviously!!!!

Short form..I love my husband...kalau tak sayang tak nikahlah kami..betul tak..Alhamdulillah..

Saturday, April 25, 2015

Zoo Taiping & Tasik Taiping ~ 2nd trip untuk bujangku

Kalini adalah kali yang kedua Raihan menjejakkan kaki ke Zoo Taiping ni...Trip ni Raihan sendiri yang request nak pergi.."nak pergi zoo mama"..sebabnya aku suka flashback semua gambar-gambar yang ada dalam hardisk dan ceritakan semula pada dia tentang gambar-gambar tuuuu..Nak dijadikan cerita, pada suatu haritu ter'flashback' gambar-gambar pergi zoo masa 1st trip tuu..

Dek kerana awak dah pandai bercakap..apa lagi..ajak mama pergi zoo lah...aku on jer...so pada 15 February berangkatlah kami sekali lagi ke Zoo Taiping..tapi kali ni tak sakan macam 1st trip pusing merata..kami buat 2 kali pusing jer...sebab lepas tu nak picnic kat Tasik Taiping depan tuuuuu jerrrrr...
Baru aku perasan..shawl ni sama masa 1st trip aku..hahaha..nampak sangat suka shawl ni..love love gituuuu..
Tasik Taiping ni memang cantik..masa aku pergi tu tengok ada 3 ke 4 couple pengantin baru and the geng ambik gambar outdoor kat situ..seriously cantik..rasa tetiba nak pindah beli rumah kat Taiping pulak,,hihihihi..verangan jerrrrr
Dek kerana kami plan awal trip ni..so aku pun buatlah siap-siap makanan yang nak dibawa berpicnic nanti..bersengkak mata membaking malam tu...kaluttt sungguh mama ni..
Husband request pai apple yang selalu aku buat tapi kali ni nak yang bertutup pulak..no problem my dear darling..asalkan suami dan anak happy..aku berdouble-double happy...aku tambah lagi prawn puff..makan sampai kembunggggg..hehehehe




Zoo Taiping ~ Trip Pertama Raihan

Trip pertama Raihan ke Zoo Taiping masa dia berumur 1 tahun 10 bulan kami pergi pada tarikh 9 June 2014, masa tu cakap pun tak berapa nak betul lagi..baru dapat kaki...


Kami bawa stroller in case Raihan nak tidur or penat berjalan..letih oooo kalau nak dukung dia...berat boleh tahan tu...boleh naik segala otot tangan yang ada...

Disebabkan Raihan dah membesar dengan jayanya..aku & husband pun bawalah dia mengenal binatang. Sesi pembelajaran pun bermula.. .masa ni dia first time masuk zoo, so excited sungguh dia tengok binatang-binatang yang ada..selalu jumpa lembu jer..Kulim ni kalau round-round kampung jumpalah lembu ternakkan orang kampung..Raihan kenal sangatlah lembu..hehehe

Kami naik keretapi mini sampai 2 kali pusing, jalan kaki pun 2 kali pusing..hambekkk kooooo..nak jalan sangat....pusing sampai pening...hehehehe

 papa ajar Raihan bagi makan burung unta...Raihan ni memang tak tahu takut dengan binatang..selamba dia jerrrr...
 Nampak tu...siap landing kaki kat pagar lagi punya nak tengok Giraffe dekat-dekat...gaya tak boleh tahannnnn.... 
Harga tiket masuk ke Zoo Taiping ni untuk Normal RM16.00 kanak-kanak RM8.00
Waktu melawat dari 8.00-6.00pm dibuka setiap hari termasuk cuti umum.

Kalau nak masuk Night Safari Normal mahal sikitlah, Dewasa RM20.00 kanak-kanak RM10.00
Waktu melawat pulak dari 8.00-11.00 pm dibuka setiap malam temasuk Cuti Umum, Pada hari Sabtu dan malam sebelum cuti am waktu melawat dilanjutkan sehingga pukul 12.00am..

Inilah serba sedikit info yang dapat dikongsikan bersama
Tapi aku belum cuba lagi masuk Night Safari, tunggu Raihan besar sikit InsyaAllah..
Upah makan icecream..Raihan boleh jer habiskan sorang ice cream ni...panas dan penat..kesiannnn




Selit sikit kisah aku pulaklah..


Mengimbas kembali kenangan masa aku kecik-kecik dulu, seingat akulah..antara tempat-tempat utama yang parents aku pernah bawa kami adik beradik dari hujung semenanjung sehingga ke utara...sebenarnya banyak lagi..lupa dah..maklumlah dah tua, aku ambik yang utama jerr yerrkk..List ni kiranya dari aku kecil sehingga tamat sekolah menengah...sakan mereka bawa kami berjalan...Terima kasih makabah.

Johor,tak yah cakaplah Negeri Kelahiran aku,  
Negeri Sembilan (Pantai Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah) 
Pahang(Teluk Cempedak, Kuantan, Pekan, Taman Negara Endau Rompin) 
Selangor (Wet Worlds Shah Alam, Sunway Lagoon), 
Kuala Lumpur (Zoo Negara(click sini), Taman Rama-Rama Kuala Lumpur , Tugu Negara)
Pahang (Cameron Highlands, Janda Baik)
Perak (Taiping, Parit Buntar)
Terengganu (Masjid Terapung, Rantau Abang, Pasar Payang)
Kelantan(Pasir Mas)
Penang(Bukit Bendera, Batu Feringgi, Padang Kota)
Kedah( Bukit Kayu Hitam,Langkawi)
Perlis(Padang Besar)
Thailand(Songkla,Hatyai)
Sarawak (Kuching)
Sabah---belum sampai lagi...


Jadi, sekarang adalah turn aku pulak bawa anak berjalan-jalan..baru aku tahu kenapa parents aku suke bebenor bawa kami berjalan-jalan, hampir setiap minggu ada saja agenda mereka..jalan, jalan, jalan...sampai ker Thailand mereka bawa kami berjalan, tinggal sabah jer tak pergi lagi..nampaknya kena pergi sendirilah Sabah tu...Bila dah besar, panjanglah kaki berjalan negara orang pulak, masa kecik dah pusing keliling negara sendiri..sekarang turn Raihan pulak untuk menikmati apa yang aku rasa masa zaman kanak-kanak kami..




SPONSORED BY NUFFNANG

New story