LeenAzi Sambal Kicap: September 2015

Wednesday, September 30, 2015

Resepi Meatball Simple dan Senang

Resepi Meatballs Simple dan Senang

Kalini Leen nak share resepi meatballs, favorite my husband and son..selalu jugak buat tapi selalunya tak sempat nak ambik gambar dah licin..so ini jer gambar yang sempat ditangkap :D 

Selamat mencuba semua...


Bahan A:

1 bungkus daging kisar
1 cawan daun bawang - diracik halus
3 helai daun ketumbar@ daun sup- diracik halus
1 sudu kecil oregano
1 biji bawang merah dicincang halus
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 cubit lada hitam, ikut suka tahap kepedasan anda
5 sudu tepung jagung


Bahan B: 

Minyak masak 3 sudu
Butter 3 sudu

Cara menyediakan;

1. Gaul kesemua bahan A di atas sehingga adunan tadi menjadi doh, kalau aduanan cair tambah tepung jagung sehingga adunan tadi mudah dibentuk.
2. Ambil adunan dan buatkan bebola kecil, ikut suka anda nak besar mana.
3. simpan dalam peti sejuk selama 1 jam untuk mengekalkan bentuk bola..kalau tak sabar boleh jer terus masak..;D


Cara memasak:

Panaskan minyak & butter,pastikan butter tidak hanget..goreng meatball sehingga garing...siapp


P/s: Resepi gravvy@ brown sauce tu leen share di post lain yer...;)

Check it outttttt


Wednesday, September 23, 2015

Birthday Boy 3 Tahun


Bismillah...Alaihai..rindunya...lamanya....



Rindunyaaaaa pada blog aku ni...dah bersawanggggg!!!!...and now baru ada time nak menaip..but this time tak boleh panjang lebar..cukup mana yang ada, mana yang terlintas difikiran..hobi yang
tergendala dek kerana tugas yang setiasa berlambak..huhuhuh....

Ok, harini nak cerita kisah Birthday Raihan yang ke-3 tahun..besar dan bujang mama..petah bercakap dan yang penting membesar dengan sihat dan cergas.





Dek kerana tahun ni adalah tahun "menyimpan"..so mama dan papa tak boleh bawa Raihan terbang naik belon..kita raikan di Malaysia ajer..kalau tiap tahun melancong mau koyak kocek dibuatnya..

Seperti biasa, kek 3 tingkat khas mama buat untuk anak mama nih..bake sendiri so the cost pon tak besar..carrot cake ni untuk celeb kat school, manakala mama bake lagi satu untuk bawa ker Shah Alam celeb dengan pakcik2nya pulak..Fondant cake (Cars)..also mama bake & deko sendiri...bukan untuk makan sangat punn..just untuk suka2 tiup lilin..



I'm happy for you my son, even balik kerja penat terus buat kek..tapi puas hati sebab buat sendiri, air tangan sendiri dan..yang penting...jimat!

Semoga Allah terus melindungi dan memelihari anak mama ini dari segala dugaan syaitan, menjadi anak yang soleh dan berguna pada agama dan negara. Amin.

SPONSORED BY NUFFNANG

New story