LeenAzi: Resepi ketam masak sambal telur

Saturday, October 10, 2015

Resepi ketam masak sambal telur

Dah lama dah resepi ni..tinggal lambat jer mood sampai nak tulis resepi..harini operasi menulis entry yang berkisarkan masakan..makan jer kerja aku..lepas tu bising dah gemok...hehehe..Ramai yang mintak resepi Ketam Masak Sambal telur ni...sabaq nah..dia mai dia mai dahhhh..buat tau pastu hantar rumah..;D


Bahan-bahan;

4 ekor ketam dibasuh bersih
2 batang serai dititik
4 biji bawang putih dicincang halus
1 biji bawang besar dicincang halus
1 inci halia dicincang halus
1 biji lada besar dicincang halus
5 tangkai daun ketumbar dipotong halus
5 tangkai daun sup dipotong halus
1 biji telur-dipukul
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula merah
1 sudu gula pasir
4 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
1/2 cawang air
Minyak untuk menggoreng
Limau

Cara-caranya;
1. Goreng ketam.Asingkan.
2. Gunakan minyak menggoreng ketam itu tadi. ambil sedikit jer tau untuk menumis.... Masukkan serai, bawang putih, bawang besar dan halia, lada besar yang telah dicincang tadi, tumis sehingga garing dan naik bau. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, gula merah,gula pasir, garam  dan air. biar mereneh sebentar. 
3. Masukkan ketam dan telur yang telah dipukul biar beberapa minit untuk bagi telur tu berketul-ketul,pastu baru gaul sehingga rata, Kemudian masukkan daun ketumbar dan daun sup, gaul lagi dan hidang..Siap dahhh


Sebelum makan tu..perah limau...perrhhh..tak toleh kiri kanan depan belakang dah...harap maklum..

p/s: Kalau  nak tukar ketam kepada makanan seafood lain pun boleh..contohnya udang..


No comments:

SPONSORED BY NUFFNANG

New story