LeenAzi Sambal Kicap: My family

My family

Sebagai seorang ibu kepada anak lelaki, aku cuba pastikan Raihan membesar dengan sihat dan cergas. Aku yakin semua ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka, macam tu jugak aku. 

Kat sini aku nak berkongsi pengalaman aku membesarkan anak aku yang cenonet tu..Disebabkan aku dan suami orang merantau, so kami kena membesarkan Raihan dengan gaya orang merantau..berdikari sendiri..sakit demam kami sendiri yang jaga..no rescue-rescue from hometown!!

Macam-macam pengalaman yang kami lalui untuk membesarkan Raihan dan Rizqin...Alhamdulillah Allah sentiasa melindungi anak-anak yang kami sayangi ini.InsyaAllah..


Untuk membesarkan anak pada zaman sekarang kena seiring dengan peredaran zaman, tapi aku lebih suka dikategorikan seorang ibu yang "garang" dan "manja"...Pada aku, kalau garang sentiasa pun tak boleh, manja pada tempat dan garang pada masanya. Didik anak dengan cara masing-masing. Tak perlulah kita membezakan anak kita dengan anak orang, asalkan kita tahu apa yang terbaik untuk anak kita dan juga kemampuan mereka.  


Untuk Raihan, aku cuba buat yang terbaik dengan cara aku,  juga aku cuba didik dia untuk lebih berdisiplin, InsyaAllah..Tapi aku percaya dan yakin seyakinnya..didikan dari rumah membentuk peribadi seseorang.


Jom baca post pengalaman aku bersama Raihan...click pada senarai yang ada untuk terus membaca
  1. Kelahiran Permata Hatiku ~ Nabil Raihan(klik sini)
  2. Persediaan Si Ibu Sepanjang Waktu Pantang(klik sini)
  3. Kelengkapan untuk bayi dan Ibu; Breastpump & Accessories(klik sini)
  4. Minyak wangi untuk anak(klik sini)
  5. Tips mengelak anak selalu demam(klik sini)
  6. Berkebun dengan anak(klik sini)
  7. Bestday Cake untuk anak ; March & April(klik sini)
  8. Chappie movie pertama Raihan(klik sini)
  9. Bestday cake anak : May & June 2015(klik sini)
  10. Birthday Boy 3 Tahun(Klik sini)
Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story