SPONSORED BY NUFFNANG

Sunday, March 22, 2015

Ayam BBQ cedappp

Resepi ayam BBQ ni resepi aku sendiri, dah berapa kali try and error...resepi yang ni yang paling mantappppp, kata abang macho aku...nak kata senang sangat tak juga..sedang-sedanglah...tapi semua bahan ni dah memang ada kat dapur..campak ajerlahhhh

Airtangan Leen Azi
yang best resepi ni main campak-campak jer...pastu perap..kalau last minit plan nak berBBQ, tak yah lah perap semalam kan..tak makanlah jawabnya..hahahahaha..
Pembantu dah laparrr

Bahan-bahan memerap@marinate:

Seekor ayam..ikut suka nak kerat berapa
1.Sos Cili - 6 sudu besar
2.Sos Tiram - 6 sudu besar
3.Gula Merah - 6 sudu besar
4.Gula Pasir - 2 sudu besar
5.Garam - 2 sudu kecil
6.Minyak Masak biasa pun boleh- 8 Sudu besar
7.Lada Hitam - 1 sudu besar
8.Bawang Putih Cincang halus - 5 ulas
9.Rosemary - 1 sudu , beli cap Tesco je
10.Basil - 1 sudu,beli cap Tesco je
11.Oregano - 1 sudu,beli cap Tesco je
12.Mint - 1 sudu,beli cap Tesco je

Cara-cara memerap @ marinate:
1. Campur semua bahan dari no.1 hingga no.12 , kacau sampai rata ya.
2. Gaulkan dengan ayam yang di potong dan dibasuh.
3. Perap semalaman dalam fridge, JANGAN simpan dalam tempat sejuk beku.

Tips penting : Bila ayam dah masak halfcook, celup semula dalam lebihan marinate tadi dan bakar semula. Kalau mahukan ayam yang disaluti sos yang tebal, ulanglah teknik aku bagi ni. Jangan masak sehingga kering.Tak perlu dah nak rengis minyak kat ayam tu..sbb dalam resepi tu dah siap ada minyak dah..cuma celup jer balik..
Api dan bara arang kena control..jangan terlalu besar..boleh hangettttt dong!!

Nilah pembantu sayaaaa....tengok perut dia, buncit sebab makan terlalu banyak 


Post a Comment

New story

Birthday Nabil Raihan yang ke-5 tahun

Inilah Birthday kek Raihan untuk yang ke-5 tahun..besar dah anak mama..masa buat kek ni..dialah peneman setia aku kat dapur, tunggu kek dia...