SPONSORED BY NUFFNANG

Saturday, March 07, 2015

Tibanya Musim Siput Kemudi & Siput Gayam/Kepah

Sebenarnya tak plan pun nak buat story pasal Siput Kemudi dan Siput Gayam ni...Puncanya, petang tadi husband pergi ke pasar malam, terjumpalah siput ni...tujuan asal nak cari petai dan udang nak buat sambal petai..pusing punya pusing, tak jumpa pun petai..yang dia jumpa Siput Kemudi..Jadi, encik suami pun beli lah siput ni dengan harga dalam RM1.50 satu, siput ni x kira pakai gram, ia dikira mengunakan kuantiti..pulak dah...

Mengenai Siput Gayam pula..husband beli sekilo, cukup banyak untuk makan berdua....So malam ni kita makan siput..yumyummm..aku dan husband memang suka mencuba masakan siput-siput ni..ada masanya kami masak sambal belacan, masak lemak,..ikut mood chef pada waktu itu..;P

Jom kita kenali siput ini....Siput kemudi ialah sejenis kerang-kerangan dari genus Atrina. Ia juga dikenali sebagai siput paha ayam.-sumber dari Wikipedia
Inilah rupanyer...Siput Kemudi
Kepah atau Siput gayam merupakan sejenis kerang-kerangan air masin yang boleh dimakan dan banyak dijual di pasar, terutama pasar tani. ia ialah sejenis kerang-kerangan sungai yang boleh dimakan dari genus Asaphis.Ia boleh didapati di sekitar Perlis, Malaysia dan juga Satun Thailand. - sumber dari Wikipedia

Banyak sungguh namanya, Kepah pun dia, Siput Gayam pun dia, Remis pun dia...pilih jer lah nak panggil apa..
Ok..straight to the point..menu malam ini ialah~~~~> 

SIPUT KEMUDI - MASAK HALIA BERSOS
Inilah hasilnya, Dah siap masak..
 Bahan-Bahan;
1. Halia - 2 inci
2. Bawang putih - 2 ulas
3. Lada merah - 2 biji
4. Sos tiram - 3 sudu
5. Sos Cili - 3 sudu
6. Minyak masak - 2 sudu



Cara-cara memasak;
1. Keluarkan isi siput kemudi dari cengkerangnya..potong kecil..basuh sebersih-bersihnya.
2. Hiris halia, cincang bawang putih, cincang lada merah.
3. Tumis bersama sedikit minyak, halia, bawang putih dan lada merah sehingga naik bau.
4. Masukkan siput kemudi diikuti sos tiram dan sos cili, garam dan sedikit gula sebagai perasa tambahan.
5. Tunggu sehingga kuahnya pekat.
6. Siap dihidang...                                                    






SIPUT GAYAM- MASAK LEMAK NENAS



 Bahan-Bahan;
1. Bawang besar- 1 biji
2. Bawang putih - 2 ulas
3. Serai - 1 batang
4. Nenas - ikut suka
5. Cili Pada - 2 biji
6. Kunyit serbuk - 1 sudu kecil
7. Air - 1 cawan
8. Santan - 1 kotak
Cara-cara memasak;
1. Campurkan semua bahan dalam periuk(bahan 1 hingga 7) biarkan mendidih dengan api sederhana.
2. Masukan Siput Gayam dan santan,
3. Letakkan garam dan gaul sentiasa sehingga cengkerang siput terbuka.
4. Siap dan hidangkan...

Oklah...kita stop story sampai sini dulu...mata pun dah berat ni...esok-esok akan menyusul lagi resepi untuk dikongsi bersama..Nantikan yer...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
Post a Comment

New story

Birthday Nabil Raihan yang ke-5 tahun

Inilah Birthday kek Raihan untuk yang ke-5 tahun..besar dah anak mama..masa buat kek ni..dialah peneman setia aku kat dapur, tunggu kek dia...