LeenAzi Sambal Kicap: Resepi Ayam Tiram Shimeji

Saturday, October 10, 2015

Resepi Ayam Tiram Shimeji

Puas memikirkan menu apa nak masak harini..tetiba terlintas kat kepala ni nak masak ayam berkuahkan sos tiram..tapi kali ni special sebab ada cendawan shimeji...

Sejak kebelakang ni suke benor makan cendawan ni..dah jadi peveret dah..hehehe
Memandangkan baru jer masak tadi, meh nak kongsi resepi..esok nak masak lagi dah senang refer blog sendiri..hehehe

Bahan-bahan;
Ayam 5 ketul
2 inci halia -diracik halus
2 ulas bawang putih dicincang
1 batang serai dititik
2 helai lada kering
1 biji bawang merah dimayang halus
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap manis
1 biji tomato potong kecil
1/2 sudu kecil lada hitam
1 cawan cendawan shimeji
2 sudu minyak masak
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air

Cara-cara;
1. Panaskan minyak, tumis halia yang diracik sehingga garing, masukkan bawang putih, bawang merah , lada kering dan serai, tumis sehingga naik bau kemudian masukkan air, lada hitam, sos tiram dan kicap. biarkan mereneh
2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga kuah agak pekat dan ayam masak.
3. Akhir sekali, masukkan cendawan shimeji, tomato dan garam. biarkan sekejap sehingga cendawan layu...Ok siap.

Cubalah....I punya dah licin tadi...;D

Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story