SPONSORED BY NUFFNANG

Saturday, August 05, 2017

DAUN AFRIKA PETUA amalan traditional untuk elak darah tinggi

ubat traditional Daun Afrika pelbagai khasiat airtangan leen azi

khasiat daun ni memang dah terbukti...haritu mak ada cerita yang darah tinggi dia dah tak ada..doktor pun dah suruh stop makan ubat...doktor pun hairan macamana boleh hilang...hehehe..mak cakap dia amalkan minum air daun afrika ni..bagus dan terbukti berkesan..mak dah bertahun amalkan...rasanya dah hampir 10 tahun sejak aku tengah belajar lagi dia dah start minum..hari-hari tau...

kepada yang tak ada lagi darah tinggi tu alhamdulillah, tapi bila dah masuk awal 30an ni rasa macam dah nak kena amalkan minum air daun ni..mencegah lagi bagus dari mengubati...lagipun...buat pun bukan pekat..cair-cair jer...rasanya pulak...perhhhh memang pahit bak hangggg....tapi kalau dah biasa dah ok dah...baru-baru memanglahkan...

ubat mana yang manis...ubat kat farmasi pun pahit...dalam pahit-pahit tu telan jer lah...anggaplah tengah minum teh Oolong...yang penting organic dan tidak mengandungi bahan medical..itu yang penting

Selain dari ubat darah tinggi, daun ni pun sangat bagus untuk penyakit lain seperti..

1. mencegah kanser
2. mengurangkan kolestrol
3. mencegah penyakit jantung
4. mengurangi risiko strok
5. mengatur sistem tekanan darah
6. mengcegah gangguan pencernaan
7. menurunkan berat badan
8. melancarkan sistem pundi kencing

cara tanam daun afrika cucuk jer


semoga info ini memberi manfaat kepada semua......
Post a Comment

New story

Birthday Nabil Raihan yang ke-5 tahun

Inilah Birthday kek Raihan untuk yang ke-5 tahun..besar dah anak mama..masa buat kek ni..dialah peneman setia aku kat dapur, tunggu kek dia...