LeenAzi Sambal Kicap: Mossy Forest , hutan berlumut yang cantik

Monday, October 02, 2017

Mossy Forest , hutan berlumut yang cantik

Mossy Forest , hutan berlumut yang cantik

kawasan sejuk dan berlumut

Harini nak update entry pasal mossy forest ni..trip ni kami pergi hampir 2 minggu yang sudah 18 september 2017.. my shuben dah lama ushar tempat ni..katanya nak tengok sangat macamana tempatnya...pada aku, kalau sesiapa yang suka hiking tu memang sesuai sangat tempat ni...mencabar...jalan nak masuk sangat berliku dan curam..jalan pun tak berapa elok sebab keadaan muka bumi yang berbukit tu....so tak boleh lah nak expect jalannya berturap cantik tau...berlubang dan licin jalannya dan memanjat bukit..kalau nak naik kereta tu kena pastikan tayar kereta tu elok dan masih berbunga..kalau tak agak merbahaya...teknik pemanduan juga kena ada...yang bawa kereta tu kena ada hati yang kental untuk sampai ke puncak..kebanyakkan yang naik tu 4x4..relax jer panjat bukit..
kawasan sejuk dan berlumut
Kedudukannya yang berada di Puncak Gunung Brichang Cameron Highland ni sentiasa sejuk dan berkabus..memang best tempat ni..melihat kejadian alam semulajadi ciptaan Allah s.w.t rasa sangat kerdil kita sebagai manusia...Sepanjang perjalanan kami ke puncak tu ada banyak pokok teh dan sayur-sayuran yang ditanam..makin tinggi makin kurang yang bercucuk tanam..bila dah nak sampai puncak tu banyak pokok-pokok hutan jer yang ada...

Tapi bila dah sampai puncak, hujan lebat...terpaksa kami menunggu dalam kereta dulu..maklumlah bawa dua orang jejaka cilik ni bukan boleh main redah jer hujan..
kawasan sejuk dan berlumut
bila dah berhenti hujan tu  barulah kami memanjat tangga untuk melihatkan mossy nyer tueeee..cantik sangat...dah lah sejuk...macam dalam cerita omputih yang berlumut-lumut tu...lantai kayunya licin..so kena berhati-hati ya jalannya...

Sesampai jer di rumah leen terus mandikan bebudak ni dengan air suam,walau dah malam...tapi nak kena mandi jugak..tak elokkan pakai baju masuk hutan tu...dah tu berpeluh2 pulak tu...Alhamdulillah adik dan along tido dengan nyenyak malam tu.

So kat sini ada beberapa tips yang nak dikongsi....

TIPS NO.1... kepada ibu bapa yang nak bawa anak masuk hutan macam kami ni...banyakkan membaca surah kursi dan 3qul sepanjang perjalanan..kalau boleh sampai rumah pun baca lagi...pasang ayat Ruqyah. sesampainya di rumah...bukan apa takut ada yang tak tidor malam pulak nanti...paham2lah yer...kena beringat...happy-happy jugak..beringat pun kena jugak..

TIPS NO.2....Kalau nak naik gunung ni sesuai sangat pakai kasut New Balance...tak licin dan ringan...korang boleh try ushar kasut New Balance ni..style and stylooo...jom klik link ni New Balance bolehlah tengok mana-mana yang berkenan di hati..tak beli sekarang tak pa, esok-esok manatahu dapat duit dari langit...hihihihi
Post a Comment

SPONSORED BY NUFFNANG

New story