LeenAzi Sambal Kicap: March 2015

Monday, March 30, 2015

Tomyam Udang Easy Measy

Malam ni cuaca hujan di Kulim..best-best...jimat electric tak payah buka aircond...;p
Tekak pulak rasa nak makan yang ada sup-sup gituuu...
Maka dengan semangatnya aku ke dapur keluarkan udang dari fridge...
Dek kerana nak masak Tomyam..aku pun ke tanahlah mencari apa yang patut untuk masak tomyam..

Aku ni suka bertanam..hehehe.banyak sangat hobi..antaranyalahhhhh.ikut mood jugak tuuu....
Buat masa sekarang stok herba yang ada kat rumah cukup menampung kami bertiga...Taman mini kecil aku tu boleh lah tampung pokok-pokok basic, bukan apa..senang, lagipun dari biar tanah terbiar, adalah lebih baik aku bertanam..aku kan tak ada istilah boring dalam hidup..ada jer benda nak dibuat waktu cuti atau petang..
Cuti pulak tak biasa tido siang hari..maka macam-macamlah yang aku buat untuk "membusykan"diri.. Ada juga paksa diri pejam-pejamkan mata...tapi nakkkk jugak bukak mata...jeles dengan Raihan..seronok jer dia tido siang...

Ok, inilah senarai pokok yang aku tanam dengan tangan lembut aku ni..;p

1. Daun Kari...sedang galak membesar..aku tanam dalam pasu jer, sebab kecik lagi
2. Lempoyang..untuk makan dalam pantang...hehehe standby kot-kot ada rezeki.....tak pantang pun aku bedal jugak...(korang tahu ker apa tu lempoyang??) ,mana yang tak tahu tu nanti aku tunjuk dalam entry lain yer..
3. Serai, 24 hours ada stok...aku tanam belakang rumah jer..2 batas..jimat!!!..nak masak jer terus ke luar ambik serai..
4. Daun limau purut, tanam depan rumah, dah bercambah-cambah pucuk, sebab aku tanam kat tanah...
5. Halia..seronok keluar tunas..kalau stok halia abis..cangkul jer depan rumah tuuuu
6. Daun pandan..lebar-lebar juga daunnya...
7. Daun sirih..hahaha, esok Raihan nak kawin boleh buat sirih junjung...(hahaha..mama berangan lebihhhh)..
8. Lengkuas..aku kan suka bakar-bakar..lengkuas ni pelengkap resepi ikan bakar edisi aku.....
9.Daun kesum..aku tanam dalam pasu kat belakang rumah jer..nak masak asam pedas muar senang!!
10.Daun Kunyit...haritu gemok-gemok..tapi bila dialih ke tanah habis kena baham dek ulat..benci!!!...yang ada sekarang dalam pasu kecil sedang bercambah...
11.Ulam pegaga, kalau stok sayur dah habis, aku batai ulam pegaga jer..kat pond aku tanam 2 pasu..kemain galak dia tumbuh...
12. Daun Bawang, aku ni suka beli bawang yang bercambah..bukan apa...kalau tanam boleh buat stok..nak masak sup senang...gunting jer daun bawang tu..freshhh tau...
13. Daun Sup..pun sama kes..depan mata jer...potong, basuh, campak...siapppp
14. Pisang..hahahaha...ambik kat Tapah..dasyatttt...kekadang aku ambik daun pisang yang cenonet tu buat balut ikan bakar..jadilahhh kami berdua jer laki bini nak makan..
15. Ubi...hahaha pucuk ubi tu lepaslah kami bertiga makan buat masak lemak udang...petik je depan rumah..tapi aku rasa isi  ubinya tak ada..sebab tak cukup khasiat..kesian ubi aku tu...
16. Daun Selasih...dah nak tua dah...kena tanam lain aku rasa..tunggu masa jer tu nak kiokkk
17. Betik..campak jer biji betik..tumbuh pulak dia..dah tinggi Raihan dah tu..tak lama lagi dapatlah  merasa buah betik pulak..

Aku rasa kalau bagi tanah kampung, habis keliling rumah aku tanam...
Dalam brutal-brutal aku ni, ada juga sifat "pencinta alam" tauuuu

Musim panas sekarang ni..pokok kurang gemuk..tak cukup air gamaknya...kesian..;(

Alahaiiiii...panjangnyer aku membebel...aku sebenarnya nak bagi resepi Tomyam udang Easy Measy aku nih...;p

Untuk adik-adik baru kawin tu..nak try skill bleh la...senang jer dikkkkk...
Untuk otai-otai dapur...tak yah lah baca..malulah...resepi campak-campak jer..

Airtangan Leen Azi

Bahan-bahan: Untuk 2 orang makan

  1. Udang - 10-15 ekor
  2. Bawang besar - 1 biji , dipotong
  3. Bawang putih - 3 ulas
  4. Cili padi - 2@3 batang ( bergantung kepada kepedasan yang korang nak)
  5. Serai - 3 batang, dititik
  6. Pes Tomyam - 2 sudu ( kalau kuib tomyam - 1 jer sudah)
  7. Minyak untuk menumis
  8. Daun limau purut - 4 helai
  9. Daun Ketumbar - 3 tangkai
  10. Bunga kobis ikut suka banyak mana
  11. Tomato 1 biji
  12. Karot- ikut suka banyak mana
  13. Air- 2 cawan
  14. Garam - 2 sudu kecil
  15. Gula- Satu sudu  kecil


Cara-cara memasak
  1. Panaskan minyak, tumis bahan no.2 hingga no.5 . Bila naik bau, masukkan pes tomyam, tumis sampai naik bau..jangan hanget pulak...
  2. Masukkan udang, gaul rata sebentar..
  3. Masukkan air paras-paras udang. Masukkan daun limau purut dan daun ketumbar. bunga kobis, tomato, karot..biarkan mendidih. Kalau tak cukup air tambah lagi..
  4. Masukkan garam dan gula. Rasa lah..kalau masin tambahlah air...biarkan mendidih lagi pastu..dah siappppp


Aku punya tomyam edisi budak-budak..tak pedasss..Raihan hirup kuah macam hirup sup...nasi bertambah-tambah kekadang hampir 2 senduk..tapi badan tak gemok jugakkkk...;p

Airtangan Leen Azi

Sunday, March 29, 2015

Romantic Couple punya Anniversary Cake

Harini selesai satu lagi misi membaking aku yang agak lama "bercuti" dari membuat kek,

Kek ni ditempah oleh kawan husband aku...Romantic betul diaorang tu, buat Cake Anniversary Kik-Kat& M&M..

Kalau mengikut jadual aku yang padat ni, memang macam mustahil jer nak active balik membaking...Disebabkan dia nak hari Sabtu..syukur Alhamdulillah...On jer lah...Rezeki Allah bagi jangan tolak....
Ok, kita citer sikit pasal kek ni yer..

Airtangan Leen Azi

Kek ni disaluti oleh coklat Kit Kat dan ditaburi coklat M&M...yummyyyy...for the chocolate lovers, this the best cake for you...

Aku paling suka buat kek ni sebab colorful...blocking color ni memang favorite aku...

Kek bahagian dalam pula aku buat Chokobanana edisi kek, 2 lapisan cream yang lazat....
Macam biasa, pembantu aku sibuk nak juga kek birthday...Raihan, apa saja kek yang mama dia buat adalah kek birthday...hahahaha....

Airtangan Leen Azi

HAPPY ANNIVERSARY EQIN & EJON
Terima kasih kerana membeli...

Kalau ada sesiapa yang nak menempah kek, bolehlah bagitahu awal-awal ya...
Disebabkan aku ni bekerja, jadual membaking aku sangat limited...kena tengok schedule dulu ya...
Anyway...thanks for your support!!!

x

Saturday, March 28, 2015

Urgent Call!!! Cupcake Chokobanana

Minggu ini adalah minggu yang agak busy pada aku, nak update post pun x sempat...macam-macam hal kat office..report bermacam bentuk menanti...balik rumah terus flat..letih otak,  tak dapat berfungsi dengan lancar...hehehehe..nasib baik ada "omot-omot" penghibur hati selepas balik kerja...

Antara yang menyebabkan ke"busy"an aku juga adalah menda alah ni....Cupcake Chokobanana...

Aitangan Leen Azi
Dalam kelang kabut nak buat report tu, tetiba dapatlah panggilan dari rakan sekerja..nak order kek..disebabkan Urgent Call @ mengejut punya order...so aku boleh buat yang ini jer...sebab keesokan harinya nak bawa ke office..tak sempat kalau nak buat yang gempak2 gitu....Nasib baik aku dapat customer yang sempoi..tak banyak ragam...thanks Mardziah!!
Rezeki Allah nak bagi, Syukur Alhamdulillah..once again...i'm a superwomen!!!!
Ok, nak belanja sikit gambar ....enjoy!!!



Tips mengelak anak selalu demam

Cuaca sekarang ni tak menentu, kalau panas tu, panas terik sangat...hujan pun sekali sekala..

Cuaca macamni mudah sangat untuk budak-budak kena demamkan...Ibu bapa mana yang tak risau kalau anak selalu sangat demam..Kejap baik, kejap demam.. Berdasarkan pengalaman aku yang ada anak kecik ni...antara perkara yang menyebabkan bayi selalu demam ialah


1. Cuaca terlalu panas @ sejuk .Udara kat Malaysia ni dah tak berapa nak bersih dah..
2. Jangkitan selesema dan batuk boleh juga dijangkiti dari tempat jagaan dan asuhan kanak-kanak
3. Tumbuh gigi 
4. Persekitaran yang berabuk dan berdebu, pastikan rumah tidak mempunya karpet yang boleh memerangkap debu dan hama..Rumah aku memang tak ada ca
5. Pendedahan pada bahan kimia 

Perlu juga diketahui, demam adalah salah satu tanda pertumbuhan yang normal untuk kanak-kanak. Ia adalah sebahagian daripada pertahanan semula jadi anak anda daripada jangkitan.

Antara langkah untuk mengatasi kanak-kanak selalu demam antaranya:


1. Elakkan kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke bawah mandi dengan air yang sejuk di waktu pagi.

2. Pastikan persekitaran tempat asuhan yang bersih
3. Pastikan pemakan yang cukup dan sihat dan mengandungi vitamin yang diperlukan
4. Pengambilan Multivitamin adalah digalakkan..

Sebelum ni Raihan pun selalu jer demam..tapi sejak dia berumur 2 tahun , kami start bagi dia Scott's Emulsion setiap hari...Aku beli 2 jenis, kekadang bagi perisa oren, kekadang yang putih original..ikut mood...
Meh baca kandungan dan peraturan yang ada dalam Scott's Emulsion ni..
Bab makan...Alhamdulillah, Raihan nganga jer mulut kalau aku nak suap dia...lepas suap dia, aku suap pulak mulut papa dia, lepas tu mulut aku pulak...sudahnya kami bertiga makan Scott's Emulsion...hehehehehe

Bagus ker??, memang bagus...sejak Raihan makan Scott's Emulsion ni...jarang sangat demam..bukan setakat Raihan, malah aku pun jarang demam..

Pada mereka yang ada anak kecik macam aku ni..cubalah bagi Scott's Emulsion ni, InsyaAllah bagus untuk kita dan budak-budak...

Yang warna oren tu rasa oren, tapi aku lagi suka bagi Raihan warna putih tu..sebab yang putih tu lagi bagus actually
Untuk bayi yang berumur 1 tahun kebawah tak boleh bagi tau...awal sangat pun nak bagi.
Harga pulak mampu beli...sebotol RM10(harga sebelum GST ya)
Ada jual kat Farmasi dan pasaraya, aku beli kat Tesco jer...

Ada juga yang bentuk tablet...bergantung pada koranglah..kalau anak x boleh nak telan yang liquid punya..yang tablet pun OK...


Untuk anak, jenama ni memang aku percaya keberkesanannya...sebab, arwah atok aku pun makan ni sehinggalah dia meninggal dunia. Dulu, kalau balik kampung Muar Johor, nampak banyak botol arwah buat koleksi..hampir penuh satu rak....Alfatihah untuk atokku Tok Mid...;(

Tuesday, March 24, 2015

Tips Membeli Smartphone (Android)

Sebelum kita membeli sebuah handphone, adalah lebih baik kita ketahui tahap kegunaan kita..nanti taklah kita menyesal,merungut...Kalau dah beli tak boleh pulangkan balik tau, melainkan jual dengan harga yang murah. Buat perbanding adalah jalan yang terbaik..jangan main hentam jer...sebab harga handphone sekarang ni boleh tahan mahalnya..

Setiap orang ada tahap kepuasan masing-masing, ada yang cukup dengan menggunakan handphone yang sekadar boleh tengok facebook dan berwhatsapp  jer..ada yang suka ambil gambar, ada yang suka main game...,macam-macam peelll

Now days ramai yang memang tergila-gila sangat akan handphone ni, malah ada yang sanggup berhutang 2-3 tahun disebabkan nak beli handphone "mahal" punya pasal....

Majoriti kita lebih gemar menghadap handphone berbanding menghadap PC @ laptop yang gedabak besar. Selain senang untuk dibawa ke mana-mana kan..aku pun dalam kategori tu jugak...suka yang kecik-kecik dan ringkas. kalau yang besar-besar ni tinggal rumah lah ceritanyaaaaa..;p

Entry ni aku nak share sikit Tips membeli smartphone, yang aku rasa ramai yang dah tahu, tapi aku tetap nak cerita jugak. tak kira.....hehehehehe

Tips untuk Android

No.1..... Kegunaan Biasa, untuk penggunaan yang biasa-biasa, Andriod 1GB RAM  sudah memadai.

    ~ Budget Harga dalam RM400 hingga RM500++
    ~ Range ni sesuai untuk kebanyakan pengguna.
    ~ Contoh Model handphone untuk budget ni; Lenovo, Asus, Samsung, LG , HTC

No.2..... Untuk Gamers, 2GB RAM keatas, Storage ROM pulak 16++

   ~ Budget Harga dalam RM500++ hingga RM 700++
   ~ Range ni sesuai untuk orang yang suka main game, contoh game COC, Sniper 3D dan lain-lain
   ~ Contoh Model handphone untuk budget ni pulak ialah Lenovo, Asus, Samsung, LG , HTC

No.3..... Advance atau erti kata lain PRO User, 2GB+++

    ~ Budget Harga daripada RM600 hingga RM2000++
    ~ Model jenis ini selalunya mempunyai camera yang bagus dan lancar.
    ~ Contoh Model handphone jenama terkenal ialah Sony, HTC, Samsung,

Kalau nak belikan untuk anak-anak..cukuplah sekadar yang no.1 tu...kalau rosak@hilang tak lah "menangis tak berlagu"


Monday, March 23, 2015

Beza antara Iphone 6 vs Iphone 6+

Kali ni aku nak cerita sikit tentang perbezaan 2 jenis Iphone yang menjadi kegilaan ramai.. Iphone 6 dan Iphone 6+

Waduh kalau dapat handphone ni mau tak lekang dari tangan,satu malam tak tido godek hp.. sure punyalah...

Aku percaya ramai yang confuse nak pakai yang mana satu selain mengikut budget yang ada...so aku nak bagilah sikit tips yang mungkin boleh diguna pakai dan membantu membuat pilihan..

"Slight different but huge outcome"

Sebenarnya, optical image stabilization yang membezakan kedua hp ni. Patut lah harga antara dua Hp ini agak ketara.


Dimana Iphone 6+ lebih cepat memproses fokus daripada Iphone 6. Perbezaan ini terjadi secara ketara apabila korang merakam video. Tetapi kepada yang nak snap gambar biasa-biasa jer, contohnya nak berselfie dengan anak..lebih baik ambil Iphone 6 sudah cukup kerana function ergonomic yang selalu diwar-warkan oleh Apple tidak terdapat di dalam Iphone 6+ , ini disebabkan oleh sizenya yang gedabak besauuu tu...Salah hemat tangan aku yang comel ni pun tak muat nak pegang...heheheheh

Meh nak share sikit video youtube untuk korang lebih jelas lagi perbezaanya tu




Ramainyerr secret admired Mr.Luqman

Beberapa hari sudah, lepas jer post Minyak wangi untuk anak, berduyun-duyun dapat whatsapp, inbox yang tanya, bagus ker? wangi ker? berapa harga?kat mana nak beli?..hehehehhe...pemes betul Haruman Luqman ni..maaflah awak-awak yang bertanya, I tak jual minyak wangi ni..I tolong promote jer dengan seikhlas hati..Kalau produk memang bagus, tak lah berat hati nak tolong kan...

Pada aku, minyak ini memang wangi, Raihan suka..."eemmm wangi" katanya..

Budak-budak kalau pergi school wangi-wangi ni barulah bersemangat nak belajar..Kalau busuk ashemmm, nak cium pun x lalu...hehehehe
Masa zaman aku sekolah dulu, aku pun pakai minyak wangi ..berbotol-botol minyak wangi Pak Jak aku sapu...Selain menjaga penampilan, kebersihan juga kena diutamakan...baru lahh otak senang berhubung...;p

Dek kerana banyak sangat pertanyaan yang tak dapat aku jawab, So kat sini nak sharelah sikit testimoni yang En.Faizol ni bagi kat aku.....

Segala urusan jual beli bolehlah tanya pada yang menjual.....whatsapp pun boleh..usah malu-malu yer... 
Faizol 01131735105 
Nurul Huda 0135129381










Pesanan aku ; Walau sejauh mana kita berusaha, berdoalah usaha kita dirahmati dan diberkati Allah dan juga percayalah semua yang terjadi adalah dengan izinNYA...

Wallahualam..

Sunday, March 22, 2015

Ayam BBQ cedappp

Resepi ayam BBQ ni resepi aku sendiri, dah berapa kali try and error...resepi yang ni yang paling mantappppp, kata abang macho aku...nak kata senang sangat tak juga..sedang-sedanglah...tapi semua bahan ni dah memang ada kat dapur..campak ajerlahhhh

Airtangan Leen Azi
yang best resepi ni main campak-campak jer...pastu perap..kalau last minit plan nak berBBQ, tak yah lah perap semalam kan..tak makanlah jawabnya..hahahahaha..
Pembantu dah laparrr

Bahan-bahan memerap@marinate:

Seekor ayam..ikut suka nak kerat berapa
1.Sos Cili - 6 sudu besar
2.Sos Tiram - 6 sudu besar
3.Gula Merah - 6 sudu besar
4.Gula Pasir - 2 sudu besar
5.Garam - 2 sudu kecil
6.Minyak Masak biasa pun boleh- 8 Sudu besar
7.Lada Hitam - 1 sudu besar
8.Bawang Putih Cincang halus - 5 ulas
9.Rosemary - 1 sudu , beli cap Tesco je
10.Basil - 1 sudu,beli cap Tesco je
11.Oregano - 1 sudu,beli cap Tesco je
12.Mint - 1 sudu,beli cap Tesco je

Cara-cara memerap @ marinate:
1. Campur semua bahan dari no.1 hingga no.12 , kacau sampai rata ya.
2. Gaulkan dengan ayam yang di potong dan dibasuh.
3. Perap semalaman dalam fridge, JANGAN simpan dalam tempat sejuk beku.

Tips penting : Bila ayam dah masak halfcook, celup semula dalam lebihan marinate tadi dan bakar semula. Kalau mahukan ayam yang disaluti sos yang tebal, ulanglah teknik aku bagi ni. Jangan masak sehingga kering.Tak perlu dah nak rengis minyak kat ayam tu..sbb dalam resepi tu dah siap ada minyak dah..cuma celup jer balik..
Api dan bara arang kena control..jangan terlalu besar..boleh hangettttt dong!!

Nilah pembantu sayaaaa....tengok perut dia, buncit sebab makan terlalu banyak 


Apa yang best di Bukit Hijau?

Lokasi picnic kegemaran aku sekeluarga ialah di Bukit Hijau...

Sebabnya aku suka tengok air terjunnya yang cantik dan nyaman..arus pun tak begitu deras, so sesuai sangat untuk Raihan bermandi manda..


Kalau orang-orang tempatan Kulim dah biasalah dengan tempat ni..Tapi untuk orang yang merantau macam aku ni, mencari-cari tempat apa yang best untuk bersantai dan menghabiskan masa di hujung minggu...

Kalau ke sini, aku mesti nak joint Raihan main air..dia pun dah siap dengan pelampong tangan dan bola dari rumah..usung kehulur kehilir beg picnic dia..Dari pagi sibuk ajak jalan-jalan..
Dapat celup badan dalam waterfalls ni hilang rasa lenguh badan..aura muda pun tetiba datang kembali....hahahaha...stress kerja pun boleh dikurangkan....


Aku dan suami kalau ke sana suka bakar-bakar atau erti kata lain, kami suka berBBQ...bau asap tu wangi jer..kalau omputih kata smoke flavor.. entah betul entah tidak.(maaflah yang terkena bau asap aku tu, nak offer pun ayam cukup-cukup jer dikkk...huhuhu).Apa pun rumah kami sentiasa ada arang untuk BBQ ni...kalau tak ker Bukit Hijau pun kami On jer kat belakang rumah, chit chat suami isteri sambil santai-santai...topik utama, Raihan lah...apa lagi...Tu sebab badan makin naik..hehehehe


Orang Kedah ni bertuah, banyak tempat nak bersantai, Ni nak bagi sikit info...
List waterfalls yang ada di Kedah ni...
(Picnic, Swimming, Camping, Trekking)

1. Hutan Lipur Sungai Badak, near Gurun
2. Batu Hampar Yan, Gunung Jerai
3. Bukit Hijau, Near Malau
4. Durian Perangin, Pulau Langkawi, Gunung Raya
5. Junjong waterfall, 15 km South of Kulim
6. Lata Bayu, Baling
7. Lata Hujan Lebat, 40 km north of Baling
8. Lata Mengkuang,12 km from Sik, near the Thai border
9. Perangin Sik,Near Sik
10. Puteri Mandi, Gunung Jerai
11. Serdang Falls, Near Serdang
12. Telaga Tujoh, Pulau Langkawi
13. Temurun Waterfall, Pulau Langkawi, road to Damay Bay Resort
14. Ulu Paip, East of Kulim
15. Batu Hampar,near Gurun
16. Perigi Falls,Yan Kechil

Ok.sambung semula tentang Bukit Hijau ni...caj masuk RM2.00, parking memang senang, banyak tempat parking disediakan..parking untuk bas pun ada, punyalah besar dan banyak..Kedai makan pun ada..Toilet, honestly aku rasa kena perbaikilah dek pihak management, tak kisahlah nak caj berapa tapi kalau bersih dan berlampu..aku rasa orang sanggup jer bayar..itu yang agak menghampakanlah..Sayang, waterfalls cantik, besar, adventure, kalau dijaga rapi aku rasa ramai yang datang..

Oklah, aku nak belanja sikit gambar Raihan kat sini..Happy bukan main bujang aku ni..dah semakin membesar dan lasak...anak happy makbapak pun happy....



Raihan ni kalau ke sini memang suka bebenor, budak mana tak suka main air kannnnnnnnnnn
Kalau agak-agak nak resepi ayang BBQ aku tu...mehlah baca next entry...aku share resepi ayam BBQ tu yer.....daaaaaaaaaaaaaaa


Saturday, March 21, 2015

Dah ready??? for GST @ Cukai Barangan dan Perkhidmatan

Jom kita kenali serba sedikit tentang GST ni...aku nak berpantun sikitlah..weekend2 ni mood happy..
Cakap banyak pun x guna, 
1st April akan dilaksana,
Kita rakyat harus bersedia,
Rancanglah perbelanjaan kita.


Apa pun terjadi, hidup mesti diteruskan..tak kan nak lari Thailand / Singapore sbb GST ni pulakkan...itu bukanlah tindakan yang bijak...so nak share sikit info senarai barang yang kena / x kena GST...nanti taklah kita kena tipu buta-buta..kalau nak lagi senang..print rebus minum....hihihihihi..memain jer..jangan buat tau...awal-awal ni printlah siap2 kalau ke kedai tu...tak lah terlupa..mula-mula agak leceh..esok2 dah boleh hafal...Kalau nak paling senang lagi, save dalam hp canggih manggih korang tu...


Kalau ada yang main harga, sesuka hati letak GST pada barang yang tak kena tu...korang tunjuklah list ni kat peniaga tak "berilmu" tuuu...

Awal-awal ni ramai yang termangu-mangu barang apa yang kena, barang apa yang tak kena.."mamai-mamai" gitu...so kita get ready dari sekaranglah..

Apa itu GST yer...

GST@CBP juga dikenali sebagai VAT (value added tax) atau cukai nilai ditambah di kebanyakan negara adalah cukai pelbagai peringkat penggunaan barangan dan perkhidmatan.

CBP dikenakan ke atas bekalan barangan dan perkhidmatan di setiap peringkat rantaian bekalan daripada pembekal sehingga peringkat peruncit. 

"Sejak beberapa dekad yang lalu, telah menjadi trend di seluruh dunia untuk memperkenalkan sistem CBP berperingkat. Hari ini, hampir 90% penduduk dunia hidup dalam negara dengan CBP, termasuk China, Indonesia, Thailand, Singapura dan India.

Ni contoh GST yang di kenakan di Tokyo, masa aku dan keluarga ke sana last year..mantap jugaklah GST diaorang ni 8% gitu..HOPE dengan GST ni Malaysia bolehlah MAJU macam JEPUN kan kan kan....
Leen Azi in Japan
Pada yang boleh baca tulisan Jepun ni..abaikan apa yang kami beli...hahahaha..tengok pada 8.00% tu jer yerrrr
Pelbagai manfaat bahawa CBP boleh menawarkan kepada pengguna perniagaan dan Malaysia adalah:
  • Meningkatkan taraf hidup

    Hasil daripada CBP boleh digunakan untuk tujuan pembangunan infrastruktur sosial seperti kemudahan dan institusi kesihatan, infrastruktur pendidikan dan kemudahan awam untuk meningkatkan lagi taraf hidup.
  • Mengurangkan kos perniagaan

    Di bawah sistem semasa, sesetengah perniagaan membayar cukai berganda dan kadar cukai di tahap yang lebih tinggi kerana berlakunya cukai atas cukai (cukai bertindih). Dengan CBP, perniagaan bermanfaat kerana boleh mendapatkan balik cukai input atas bahan mentah dan perbelanjaan yang ditanggung, dan seterusnya mengurangkan kos menjalankan perniagaan.
  • Pembangunan negara

    CBP adalah satu kaedah yang lebih baik dan cekap. Lebih banyak dana boleh disalurkan ke dalam projek-projek pembangunan negara untuk kemajuan ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.
  • Keadilan dan kesaksamaan

    CBP dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, sama ada di peringkat pengilangan, pemborong, peruncit atau di sektor perkhidmatan.
  • Meningkatkan sistem penyampaian

    CBP akan ditadbir dalam persekitaran sistem elektronik dan boleh mempercepatkan sistem penyampaian, terutamanya bagi tuntutan bayaran balik. Ini menjadikan ia lebih cepat, cekap dan boleh dipercayai.
  • Meningkatkan daya saing global

    Harga eksport Malaysia akan menjadi lebih berdaya saing di persada global kerana tidak dikenakan CBP dan CBP yang ditanggung ke atas input boleh didapatkan semula di sepanjang rantaian pembekalan. Ini akan memperkukuhkan industri eksport negara dan membantu negara untuk lebih maju.
  • Meningkatkan pematuhan

    SST mempunyai banyak kelemahan yang menyukarkan pentadbiran. Sistem CBP mempunyai mekanisme yang tersedia menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri (self-policing) dan dengan ini akan mempertingkatkan pematuhan.
  • Mengurangkan kerenah birokrasi

    SST berkehendakkan peniaga memohon kelulusan bahan bebas cukai dan pengecualian khas untuk harta alih. Kehendak ini tidak perlu di bawah CBP dan perniagaan boleh offset CBP ke atas input dalam penyata mereka.
  • Harga adil kepada pengguna

    CBP menghapuskan cukai bertindih di bawah SST. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan bagi kebanyakan barang dan perkhidmatan berbanding SST.
  • Lebih telus

    CBP adalah lebih telus kerana pengguna akan tahu sama ada barang atau perkhidmatan diperoleh tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

PESANAN: Blog aku ni tak menerima sebarang comment berunsur politik. blog ini untuk INFO, diterangkan lagi, UNTUK INFO...sebarang comment berunsur politik akan dibuang@delete.

Friday, March 20, 2015

Asam Pedas Muar

Kali ini nak share Resepi Asam Pedas Muar pulak lah...Resepi turun-temurun...

Raihan kalau makan asam pedas ni bertambah-tambah kuahnya..mama dia pulak yang risau, takut pedas (sebenarnya mama lupa Raihan dah besar..hehehehehe)

Trademark resepi ni.."Kuah kena pekat"

Makan dengan telur dadar, sayur kobis goreng, sambal belacan ulam timun, ikan masin@telur masin...MasyaAllah..bertambah-tambah ..kena pulak dengan nasi panas-panas..


Resepi Asam Pedas Muar

Bahan-bahan:
1. Ikan merah - 2 potong
2. Bawang besar - 1 biji
3. Bawang putih - 3 ulas
4. Halia - 2 inci
5. Kunyit Hidup - 1 1/2 inci
6. Cili kering - 7-10 helai, buang biji * kalau suka pedas tambah lagi cili kering tu
7. Asam Keping - 1 keping
8. Daun Kesum - 1 genggam
9. Bendi - 5 biji ( boleh juga letak sawi jeruk/ tomato/ pelam muda)
10.Minyak masak - cukup untuk menumis
11.Garam - 2 sudu kecil
12.Gula - 1 sudu kecil

Cara-cara memasak:
1. Kisar bahan no.2 hingga no.6 sehingga lumat..panaskan minyak masak dan tumis sehingga garing
2. Masukkan  daun kesum dan asam keping.
3. Masukkan ikan
4. Masukkan air mengikut paras-paras ikan, jgn sampai x nampak ikan, kalau lebih air, kuah akan cair, maka x jadilah asam pedas muar...
5. Masukkan garam,gula dan bendi ,  biarkan mendidih..dah siapppp

Selamat berjaya mencuba......

Minyak wangi untuk anak

Ini adalah minyak wangi pertama Raihan..Setiap hari sebelum pergi school, Raihan akan mandi dulu...bila dia tengok mama dia bersiap, pakai minyak wangi..dia pun sibuk nak juga, siap angkat tangan suruh spray kat ketiak dia..kalau tak dapat "ibarat murai dicabut ekor"..hahahaha
 Bila umur dah masuk 3 tahun ni dah pandai bergaya..baju pergi school pun nak pilih sendiri..



Hampir separuh minyak wangi Diesel papa dia Raihan pakai..aduhaiii anak...

Pada satu hari,  kebetulan kawan sekerja aku promote minyak wangi ..botolnya comel-comel...geram aku tengok..Haruman Luqman, maka dengan sepantas kilat aku sambar 2 botol (RM6 sebotol)...satu untuk raihan, satu lagi untuk aku....kita supportlah kawan-kawan nak berniagakan..skali jalan dia minta aku tolong promote kat blog aku ni...

Bau minyak wangi ni tak keras...sesuai sangat  untuk Raihan yang masih kecil..Hari-hari semangat nak pergi school, tak payah dipaksa..

Kalau balik school tu menyengih sampai ke telinga..happy sangat..

Kalau berminat boleh terus direct kat dia yer heheheh...aku tak jual.. tolong kawan-kawan jer..
Faizol : 01131735105
Kat bawah ni ada snapshot kelebihan minyak wangi ni..bukan sekadar wangi..

Apa pun, yakinlah semua pertolongan datangnya dari Allah, kita manusia hanya berusaha..











Thursday, March 19, 2015

Kelengkapan untuk bayi dan Ibu; Breastpump & Accessories

Ini adalah list kelengkapan untuk si bayi dan ibu selepas bersalin...checkitout!!

1) Breast Pump....pump ni penting, kalau tak boleh terjadinya bengkak susu, bila susu sudah mula keluar, baby mungkin tak sempat minum kesemuanya dan akan menyebabkan sakit dibahagian atas payudara si ibu. Symptom ini dipanggil bengkak susu. Sekiranya ia dibiarkan, ia boleh menyebabkan si ibu demam.

Pump ada pelbagai jenis, Manual, Bateri dan elektrik.
Menggunakan pump manual sebenarnya adalah lebih effective berbanding bateri dan electrik. Si ibu dapat mengepam susu dengan lebih banyak. Tetapi agak memenat dan melenguhkan tangan.

Pump bateri dan electrik akan mengepam susu dengan spend yang telah ditetapkan. Kebaikannya,  Si ibu dapat berehat dan  pada yang sama susu dapat di pump.

Berdasarkan pengalaman, tak perlulah beli pump untuk 2 belah, beli yang sebelah je...tukar-tukar...sekejap pump sebelah kanan, sekejap sebelah kiri..atau pada masa yang sama boleh bagi bayi menyusu sebelah lagi tu..itu pun bergantung kepada kandungan susu badan ..

Harga bergantung kepada budget yang ada, harga normal untuk pump manual yang berjenama RM150 - 200.00, Kalau Jenama Medela mungkin mencecah RM1500++

Kalau beli yang murah sangat pun tak berapa elok, ramai yang kata tak selesa atau boleh menyebabkan sakit pada si ibu..
3 in1 set, manual, bateri dan juga elektrik...pilih nak pakai mana satu..
Manual breast pump Jenama Pigeon
Jenama Medela
Notes : kena bawa pump pergi hospital sekali masa admit.,,standby dalam beg takut kena admit hospital 2@3 days..breast akan bengkak coz that time susu sudah mula keluar dengan banyak until your baby pun x sempat nak habiskan..masa tu breast very pain..its call "bengkak susu".

2) Storage bottle : nk simpan susu selepas pump



3) Coller bag : Untuk si ibu yang bekerja, coller bag ni penting untuk simpan susu dalam storage bottle sementara tunggu masa balik - susu badan hanya boleh bertahan 4 jam sahaja di dalam suhu bilik





4) Warmer : Untuk panaskan susu yang di simpan dalam peti ais , senang nak tentukan suhu, kalau panas sangat nanti khasiat hilang...kalau sejuk sangat, baby x boleh minum.


Kalau orang-orang lama, letak air panas dalam cawan dan rendamkan jer...hehehe..jimat



5) Sterilizer : Sterilizer ini berfungsi untuk mematikan sebarang bertuk kuman, bakteria,virus yang ada pada botol, pump dan storage bottle..Ini untuk memastikan bayi tidak terkena sebarang sakit  yang disebabkan botol susu, seperti cirit-birit.




6) Botol susu : Untuk beri susu kepada baby, ada bermacam  jenis botol susu yang ada dipasaran..

Harga dalam lingkungan  RM10.00 -RM70.00 sebotol, buatlah pilihan yang bijak mengikut budget.



Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka, tapi ia juga harus selari dengan keperluan. Elakkan membeli barang yang terlalu mahal yang boleh menyebabkan pembaziran. Masih banyak perkara yang perlu diutamakan seperti susu, lampin dan duit kecemasan untuk bayi. Beringat dan berbelanja mengikut kemampuan.

WELCOME TO THE CLUB

SPONSORED BY NUFFNANG

New story